Thursday, December 24, 2009

TAHNIAH PELAJAR PMR 2009

tahun ini keputusan PMR SMI memperlihatkan peningkatan yang membanggakan. Tahniah kepada para pelajar. Pelajar yang memperoleh A bagi semua subjek telah meningkat daripada 42 orang kepada 52 orang.
Bagi mp Bahasa Melayu, peratus kelulusan juga meningkat daripada 95.2% pada tahun lepas kepada 97.3% pada tahun ini (2009). Syabas, kepada para pelajar 3A2 yang merupakan kelas paling cemerlang dalam bahasa Melayu iaitu 14 orang telah mendapat gred A. Saya juga turut berasa bangga kerana mempunyai guru-guru yang cemerlang khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu. Terima kasih kepada Pn. Harlina, Pn Aspalela, Pn. Agila dan Sdr. Shahruzaman kerana usaha-usaha kalian.

Monday, November 16, 2009

KARANGAN 15 - BM SPM - LANGKAH MENANGANI MASALAH REMAJA

Pendahuluan ( contoh - masih boleh dibaiki )
Walaupun kita kini sedang mengatur langkah dengan penuh yakin ke arah menjadi negara maju menjelang 2020 namun langkah-langkah ini seolah-olah masih terhalang oleh beberapa rintangan yang bukan sedikit telah memerah tenaga dan keringat kita bagi menanganinya. Antaranya ialah pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh generasi pelapis kita. Justeru pelbagai agensi dikerah untuk menanganinya namun usaha-usaha ini bagaikan mencurah garam ke laut tidak memperlihatkan kesan sebagaimana yang diharapkan. Dimana silapnya? Adakah usaha kita itu masih lagi belum memadai? Bagaimana dengan peranan ibu bapa dalam mengawal situasi ini?

Isi 1
Peranan ibu bapa - mengawal pergerakan anak2 - memberi didikan agama secukupnya - mengenal pasti rakan anak2 - sering bersama-sama anak - melayan anak2 mengikut tahap umur - mewujudkan hubungan kekeluargaan yang intim dan bahagia

Isi 2
Peranan rakan sebaya - menjadi rakan sebaya yang berkualiti - menyertai kegiatan berfaedah - mengisi masa lapang secara bermanfaat - menjadi penasihat rakan bermasalah

Isi 3
Peranan Sekolah - penerapan nilai murni melalui kurikulum - mata pelajaran agama , moral, sivik, kenegaraan - penerapan melalui kegiatan kokurikulum - kepimpinan, kerjasama, tolak ansur - kawalan disiplin - peraturan sampingan yang dapat membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang

Isi 4
Peranan Media - mengurangkan pendedahan unsur-unsur negatif seperti ganas, hiburan melampau dan unsur lucah - kempen akhlak - peraduan menjadi individu yang cemerlang - pendedahan model / individu cemerlang

Isi 5
Peranan Pihak berkuasa - pihak berkuasa mempunyai kuasa (undang2) - mengubal undang2 bagi membanteras masalah sosial remaja - menangkap dan memulihkan - libatkan ibu bapa atau penjaga - Pihak berkuasa mempunyai sumber kewangan yang tidak terhad - merangka program untuk mewujudkan belia cemerlang seperti PLKN - bantuan kepada NGO belia - pertubuhan sukarela menggunakan tenaga belia untuk kerja-kerja kebajikan di dalam dan di luar negara

Penutup
Penanda wacana - Ulang isi besar -ramalan - seruan - harapan

( Idea di atas hanya secara umum perlu disokong oleh huraian dan contoh-contoh - jika anda perlu penjelasan boleh hubungi saya melalui email saya : cdek370@gmail .com

Friday, November 13, 2009

KARANGAN 14 - BM SPM - PUNCA-PUNCA REMAJA TERLIBAT DENGAN MASALAH SOSIAL

PENDAHULUAN
Miko + Bukti + Agensi + Peribahasa + Soalan
ISI 1
Diri sendiri
Jahil - Tidak ada matlamat hidup - kurang pengetahuan agama/moral
ISI 2
Masalah keluarga - keluarga bercerai - keluarga sibuk - keluarga miskinISI 3
Pengarauh Rakan Sebaya - pengaruh kuat kerana sebaya - lebih mempercayai - dianggap lebih memahamiISI 4
Pengaruh Media Massa - hiburan melampau - unsur ganas - unsur lucahISI 5
Kepincangan Masyarakat - masyarakat individulistik - masyarakat materialistikPENUTUP
Penanda wacana + ramalan+ seruan + harapan( Jika anda perlukan huraian isi lebih lanjut boleh masukkan pertanyaan anda dalam comment di bawah, InsyaAllah akan saya jawab )

KARANGAN 13 - SPM - USAHA MENGATASI PENYAKIT BERJANGKIT

Rangka Isi
Pendahuluan
Miko + Bukti + Agensi ( Kem.Kesihatan ) + Peribahasa ( Mencegah lebih baik daripada merawat ) + soalan
Isi 1
Pengesanan awal - di semua pintu masuk negara - guna alat pengesan haba 'thermoscan'- pelancong dari negara berisiko.
Isi 2
Kuarantin - mengasingkan individu yg dijangkiti - menyediakan wad khas di hospital kerajaan dan swasta - tutup sekolah, IPT
Isi 3
Menyediakan Vaksin - memberikan vaksin kpd individu berisiko tinggi - pekerja di lapangan terbang dan kakitangan hospital - menyediakan bekalan vaksin yang mencukupi - contoh vaksin tamilflu
Isi 4
Kempen kesedaran kebersihan - melalui media - sasaran semu golongan masyarakat terutama kanak-kanak, orang yang mengidap penyakit serius, oarang yg obesiti - cara memakai topeng keselamatan, cara mencuci tangan yang betul
Isi 5Pendidikan kesihatan - kebersihan diri dan persekitaran - untuk jangka masa panjang - di sekolah - tadika - masukkan dalam kurikulum sekolah.
Penutup
Penanda wacana + ramalan + seruan + Harapan

Monday, November 9, 2009

Analisis Soalan Percubaan BM SPM Negeri-Negeri 2009

Berdasarkan Kertas 1 Bhg B Soalan Percubaan Negeri Perak, Kedah, Melaka, SBP, MRSM, Johor, Trengganu dan Pahang dirumuskan bahawa :
Terdapat :
6 tajuk tentang masalah remaja, 2 tajuk tentang kesan program realiti TV , 2 tajuk tentang bencana alam, dan 3 tajuk tentang kesihatan.

Semua negeri mengemukakan tajuk bentuk fakta/pendapatdan unsur sastera, hanya 2 negeri sahaja yang mengemukakan tajuk berformat surat kiriman tidak rasmi dan 2 buah negeri mengemukakan tajuk berformat ceramah.

Manakala Kertas 2 pula, khususnya Komsas :
Drama Kerusi ( 4 negeri - Perak, Johor, Pinang, Pahang)
Drama Jangan Bunuh Rama-rama ( 2 negeri - Kedah, Melaka)

Cerita Bayan tiadak menurut kata ibu bapanya
(3 negeri - Trengganu, Johor, Melaka)
Pertarungan Tuah dengan Jebat ( 3 Negeri - Kedah, MRSM, Pahang )

Sajak Jalan-jalan raya kotaku ( 5 negeri - Pinang, Johor, Melaka, Kedah, Perak )
Syair kelebihan ilmu ( 2 negeri - MRSM, Trengganu )

Soalan Novel :
Nilai Kebijaksanaan, keberanian ( 6 negeri )
Soalan tentang watak (3 negeri)

Selamat membuat persediaan

Wednesday, October 7, 2009

DEBARAN PMR BERMULA







Hari ini bermulanya debaran PMR 2009.
Bukan sahaja pelajar tetapi debaran turut dikongsi bersama oleh ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah












Tuan pengetua sedang memerhatikan Penolong Kanan SMK SMI sedang menyarin calon yang didapati deman untuk pengasingan jika perlu.







Alhamdullillah semua ok.












Kelihatan Pengetua SMK St. Michael, Ipoh sedang
membahagi-bahagikan 'mask' untuk semua calon PMR SMI
sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.

Thursday, October 1, 2009

TIP-TIP BM PMR 2009

Berdasarkan analisis soalan-soalan percubaan negeri ( Perak, N9, Kelantan, Trengganu, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Sabah, Sarawak ) dapat saya rumuskan beberapa perkara antaranya ;

1. Terdapat 4 bentuk karangan yang banyak ditanya
1.1 Terdapat 4 soalan pendapat/fakta - berkaitan masalah disiplin, masalah remaja
1.2 Terdapat 6 soalan surat kiriman tidak rasmi
1.3 Terdapat 4 soalan laporan - laporan aktiviti lawatan dan persatuan
1.4 Terdapat 6 soalan tentang peribahasa

2. Soalan bahagian D ( Novel ) terdapat 2 soalan yang banyak ditanya iaitu
2.1 Soalan berdasarkan 2 buah novel - peristiwa nilai sama ada nilai keberanian, kegigihan
atau patriotik
2.2 Soalan berdasarkan 2 buah novel - persoalan

( Analisis secara terperincinya berserta contoh karangan akan saya postkan kemudian ..
insyaAllah )

Contoh Jawapan Novel PMR

Soalan : Berikan dua contoh peristiwa yang dapat menggambarkan nilai Keberanian Watak Utama daripada dua buah novel yang anda kaji
Jawapan :
Berdasarkan Novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan Merdeka, Merdeka terdapat beberapa contoh peristiwa yang menggambarkan keberanian watak utamanya

Dalam Novel Kapten Hassan Wira Bangsa Nilai Keberanian yang ditonjolkan ialah nilai keberanian dalam mempertahankan maruah negara. Watak utamanya Kapten Hassan memperlihatkan keberaniannya ketika dalam pasukan keselamatan. Beliau berjaya membunuh ketua pengganas komunis di waterfall Estate.

Contoh keberanian kedua dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa ialah. Keberanian menegakkan kebenaran. Kapten Hassan berani melaporkan kesalahan ketua nya yang membawa pulang seorang wanita ke bilik bujang.

Manakala Nilai keberanian yang ditonjolkan oleh watak utama dalam novel Merdeka, Merdeka pula ialah…. ( sila jawab)

Soalan : Huraikan Persoalan daripada dua buah novel yang anda kaji

Rangka Jawapan
Tema Novel Aku Anak Timur :
Perbezaan Corak hidup antara masyarakat Barat dan Timur
Persoalan 1
Sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat – Lebih mengutamakan diri dalam segenap hal dan mengetepikan kepentingan orang lain - Jiran Zarina memarahi ibu Zarina kerana memasak tanpa membuka tingkap. Bau masakan itu menggangu jiran mereka
Persoalan 2
Kebebasan hidup masyarakat Barat – penduduk di Barat terutamanya remaja hidup bebas tanpa kawalan – Apabila berusia 21 tahun, remaja di Belanda tidak mempunyai ikatan dengan keluarga. Mereka bebas ke mana-man sahaja melakukan apa-apa sahaja tanpa segan silu

Tema Novel Merdeka. Merdeka
Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dan usaha menghapuskan penganas
Persoalan 1
Perjuangan mempertahankan tanah air – Tindakan berani atau nekad untuk mempertahankan tanah air – Orang Melayu berusaha menggagalkan penubuhan Malayan Union yang akan dilaksanakan oleh pihak Inggeris
Persoalan 2
Semangat kerjasama dan tolong-menolong – Melakukan sesuatu kerja dalam bentuk kerjasama – Penduduk Kampung Teras Jernang bersama-sama membina kubu pertahanan.

Tema Novel Kapten Hassan Wira Bangsa
Perjuangan menentang musuh negara

Karangan 12 - Pendapat/Fakta - Masalah Disiplin

Tajuk : Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah tersebut.
Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah tersebut.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar.
Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar.

Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu mementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, dan menanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasan dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar-pelajar.

Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga dan masyarakat.

Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada.

KARANGAN 11 - Surat Tidak Rasmi

Tajuk : Balas surat sahabat pena yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat suatu tempat pelancongan yang menarik.
( Alamat , tarikh dan tandatangan hendaklah ditulis sebelah kiri )
545, Jalan Bunga 1,
Taman Bunga Raya,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

30 September 2009

Menemui sahabatku David, yang kini sedang berada bersama keluarga di Perth, Australia, semoga dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara David,

Apa khabar saudara sekeluarga di sana? Maafkan saya kerana agak lambat membalas surat saudara. Saya kini sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan yang tidak beberapa lama lagi. Tampaknya saudara benar-benar berminat untuk mengetahui tentang tempat-tempat yang menarik di- Malaysia. Kalau sebelum ini saya pernah bercerita tentang Tanah Tinggi Cameron, kali ini saya ingin bercerita tentang Pulau Langkawi pula.

Pulau Langkawi terletak di Negeri Kedah, iaitu sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Pulau ini banyak keistimewaannya. Antaranya termasuklah pemandangan yang cantik. Hal ini demikian kerana Pulau Langkawi di keliling oleh pantai yang berpasir bersih, air laut yang tenang, dan suasana yang nyaman. Kalau saudara berpeluang ke pulau Langkawi dapatlah saudara menikmati keindahan yang saya maksudkan ini.

Untuk pengetahuan saudara, Pulau Langkawi terkenal sebagai Pulau Legenda. Legenda Mahsuri telah diceritakan secara turun-temurun daripada nenek moyang kami di sini. Secara ringkasnya, Mahsuri ialah seorang perempuan yang cantik. Malangnya , beliau telah dijatuhi hukuman bunuh akibat fitnah. Ketika hukuman dijalankan, darah putih mengalir daripada tubuh Mahsuri. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan iaitu Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunannya.

Selain itu terdapat banyak tempat yang berkaitan dengan Legenda Mahsuri ini, iaitu Makam Mahsuri, dan padang Mat Sirat. Lebih banyak maklumat yang dapat saudara peroleh mengenai legenda ini sekiranya saudara berkesempatan ke tempat-tempat ini. Selain itu, terdapat juga beberapa tempat yang berkaitan dengan legenda dan mitos di sini seperti Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh dan Beras Hangus.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Pulau Langkawi ini. Kalau ada kesempatan, akan saya ceritakan lagi tentang pulau ini. Saya juga akan cuba menghantar gambar-gambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini.

Setakat ini dulu yang dapat saya tulis buat saudara, Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya

Yang benar,
Ali

Thursday, August 20, 2009

MENGAPA PRINSIP TATABAHASA YANG MUDAH MASIH TIDAK DAPAT DIKUASAI PELAJAR?????

Hasil Pemerhatian Saya,
Kertas 1 BM, Percubaan Perak baru-baru ini, saya dapati masih terdapat sebilangan pelajar yang masih belum dapat menguasai prinsip-prinsip asas tatabahasa.


Akibatnya soalan-soalan mudah telah dipersia-siakan begitu sahaja, ( Terdapat 14 kesalahan umum telah dikemukakan dalam kertas soalan tersebut yang sepatutnya telah dapat dikuasai )

1. dipercepat / mempercepatkan ( kata adjektif tidak boleh pakai 3 imbuhan )
2. masih teringat akan / dengan kenangan manis ( dengan digunakan dlm 4 situasi - guna,
cara, sama, banding)
3. mereka tonton / ditonton oleh mereka ( gunakan perinsip 012K3 )
4. bersandar fakta / bersandarkan fakta ( kata kerja transitif aktif mesti diikuti oleh
objek)
5. menghubungi / menghubungkan bandar ( men... i diikuti oleh orang, men ... kan diikuti
oleh benda )
6. pusat membeli-belah / pusat beli-belah ( membeli- belah ialah kata kerja transitif
perlu ada pelaku dihadapannya)
7. Setiap orang peserta / setiap peserta ( kata bilangan tidak tentu tidak perlu diikuti oleh
penjodoh bilangan kecuali beberapa )
8. di antara / antara kamu ( di antara digunakan untuk menunjukkan jarak )
9. demi / untuk ( pilih salah satu kerana membawa makna / fungsi yang sama)
10. yang dimasak oleh kakak / yang kakak masak / yang dimasak kakak ( gunakan prinsip
012K3)
11. ialah / adalah pengorbanan ( ialah diikuti oleh kata nama)
12. menghadiahi sebuah buku / menghadiahkan sebuah buku ( men...i dikuti oleh
orang )
13. kepada / ke blok pangsapuri ( kepada digunakan untuk orang, ke untuk tempat)
14. sukakan / suka akan ( kata adjektif emosi tunggal perlu diikuti oleh kata akan)

(Semua penerangan yang digunakan di atas telah penulis permudahkan mengikut kefahaman penulis)
Apa harus anda lakukan???? Bincang dengan guru anda!!!!
Pastikan anda dapat menguasainya sebelum terlambat.



Saturday, June 20, 2009

FORUM PELAJAR

Kebaikan Akiviti Sukarela kepada Masyarakat dan Negara?

Akiviti sukarela merupakan akiviti yang melibatkan ahli masyarakat atau pertubuhan secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran atau keuntungan. Biasanya bantuan yang dihulurkan dalam bentuk sumbangan wang, sokongan moral, bantuan perkhidmatan dan sebagainya. Contoh bantuan perkhidmatan ialah seperti kaunseling, rawatan, nasihat. Manakala bantuan kebendaan pula seperti selimut, ubat-ubatan, makanan segar dan keperluan harian.

Akiviti sukarela dapat mengisi masa lapang sukarelawan dengan lebih bermakna. Mereka akan berasa gembira dan bangga kerana dapat berbakti kepada golongan yang memerlukan bantuan. Mereka juga mendapat ketenangan jiwa kerana kepuasan membantu orang lain. Dalam budaya kita membantu orang lain amat dituntut. Hal ini amat bertepatan dengan ingatan agama “Tangan yang di atas lebih mul;ia daripada tangan yang di bawah” bermaksud lebih baik menjadi orang yang menghulurkan bantuan daripada menjadi orang yang menerima bantuan.

Penglibatan sukarelawan dalam akiviti sukarela juga dilihat dapat meringankan beban pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan tidak perlu menanggung semua perbelanjaan untuk sebarang masalah warga yang kurang bernasib seperti mangsa-mangsa tsunami, banjir, gempa bumi dan sebagainya. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Manakala penyertaan sukarelawan dalam akiviti sukarela global amat menguntungkan sukarelawan itu sendiri dan negara. Hal ini kerana sukarelawan yang bertugas di peringkat global dapat meluaskan pengetahuan dan kemahiran mereka. “Malang tidak berbau”, sekiranya Malaysia mengalami sebarang bencana alam, ahli sukarelawan yang berpengalaman dan berkemahiran ini dapat menggunakan segala pengalaman yang diperoleh untuk manfaat negara. Penglibatan aktif Malaysia dalam kegiatan sukarela seperti Bantuan Perubatan Malaysia melalui MERCY Malaysia atau SMART dapat meningkatkan imej negara serta mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia.

Kesimpulannya, akiviti sukarela mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Oleh itu marilah kita bersama –sama memupuk nilai tolong-menolong dalam kalangan masyarakat agar budaya ini menjadi amalan bangsa kita yang memang telah terkenal sebagai bangsa yang suka membantu negara lain terutama ketika mereka menghadapi pelbagai musibah.

Lee Shi Yong 3A2

Wednesday, June 17, 2009

KARANGAN 10

Tajuk : Amalan Menderma Merupakan Budaya Hidup Yang Mulia. Pada Pendapat Anda, Apakah Kepentingan Menderma.

" Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima " . Begitulah bunyinya pepatah Melayu yang menggambarkan keluhuran amalan menderma . Amalan menderma sememangnya amalan yang mulia . Namun, apakah sebenarnya manfaat yang dapat diperoleh daripada amalan menderma ?

Sebenarnya terdapat pelbagai kepentingan amalan menderma . Antaranya ialah menderma mengajar kita erti bersyukur. Lazimnya, kita selalu lupa bersyukur kerana hanyut dalam keasyikan merungut. Ada pula yang bersifat “tangkai jering” kerana takut kehilangan harta apabila menderma. Namun, budaya menderma menyedarkan kita akan kewujudan Tuhan dan berterima kasih kepada-Nya kerana rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Bak kata pepatah Parsi , " Saya menangis kerana tidak berkasut sehingga saya melihat seorang yang tidak berkaki " .

Selain itu, budaya menderma mendorong kita mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Terdapat ramai orang yang boros berbelanja hanya untuk menunjuk-nunjuk di khalayak ramai. Namun, sikap ini dapat dikikis apabila seseorang melihat kesusahan dan kemiskinan orang lain. Justeru, timbul kesedaran untuk hidup bersederhana apabila menderma.

Di samping itu, menderma memupuk sikap saling membantu. Apabila menderma, yang kaya akan menolong yang kurang bernasib baik demi membantu beban golongan yang kurang bernasib baik itu. Maka, mereka tidak akan lagi bersifat individualistik atau terlalu bersifat materialistik.

Sebagai kesimpulannya, amalam menderma banyak manfaatnya. Sehubungan itu , amalan menderma wajar dijadikan budaya hidup kita.

Dhesegaan a/l Bala Krishnan
Tingkatan 3A2
SMK St. Michael, Ipoh

Saturday, June 13, 2009

KARANGAN 9 ( SPM )

Karangan ini untuk pelajar SPM sahaja

TAJUK
Bincangkan Faktor-Faktor yang Menyebabkan Berlakunya Penderaan Kanak-Kanak serta Cara Menanganinya.
Pendahuluan
Ubahsuai tajuk / tema
Bukti/Fenomena
Agensi
Peribahasa
Soalan

Contoh ayat/frasa/ayat pendahuluan
Kes penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan masyarakat …
Fenomena ini dapat dilihat melalui media massa yang saban hari…
Justeru agensi-agensi seperti Kementerian Kebajikan Masyarakat , Polis Diraja..
Memperlihatkan masy. semakin miskin dengan nilai moral walaupun kaya dengan material
Apakah penyebab utama musibah ini berlaku?

Isi 1Faktor penyebab - Masalah Rumah Tangga
Pasangan suami isteri menghadapi krisis rumah tangga/bercerai/bergaduh
Melepaskan geram terhadap anak-anak
Didera dengan pelbagai cara

Isi 2Faktor penyebab - Tekanan Hidup
Ibu bapa menghadapi tekanan di tempat kerja
Tekanan ekonomi, ingin mengejar kerjaya
Melepaskan tekanan kepada anak-anak


Isi 3Faktor penyebab - Pengasuh
Menyerahkan anak-anak kepada pengasuh yang tidak diketahui latar belakangnya.
Memberikan kebebasan kepada pengasuh mendidik anak-anak
Pengasuh yang tidak bertanggungjawab akan mendera kanak-kanak di bawah jagaannya


Isi 4Cara Atasi - Akta
Menguatkuasankan akta yang sedia ada
Mengenakan hukuman yang berat
Hukuman penjara dan sebat
Jika melibatkan kehilangan nyawa , hukuman gantung mandatori


Isi 5Cara atasi - Kursus
Menambah baik model kursus rumah tangga
Bakal suami isteri diberikan lebih pendedahan tentang ilmu keibubapaan
Penerapan nilai moral dan keagamaan
Kempen kesedaran, poster, cogan kata

PenutupPendapat
Seruan
Harapan

Contoh frasa/ayat
Anak adalah amanah Tuhan dan penyambung zuriat
Semua ibu bapa dan bakal ibu bapa diseru..
Perlu dididik dan dijaga dengan sempurna
Agar dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan berjaya dalam kehidupan

KARANGAN 8

Pilih perenggan isi yang dsediakan di bawah dan susun supaya menjadi sebuah karangan yang lengkap.
Laporan Lawatan Muhibah Pelajar Jepun ke
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael

Pada 2 Jun 2009 seramai 10 orang pelajar Jepun berserta empat orang guru dan dua pegawai daripada Kedutaan Jepun telah mengadakan lawatan muhibah ke Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Ipoh. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memahami corak pendidikan negara ini, selain memahami budaya hidup masyarakat Malaysia. Turut serta dalam lawatan itu ialah wakil dari Pejabat Pelajaran Kinta Utara, Encik Mohd.Ali Ibrahim.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Selepas sesi taklimat, satu persembahan kebudayaan diadakan di Dewan Besar Sekolah. Peserta rombongan telah ditunjukkan dengan persembahan bercorak kebudayaan, daripada masyarakat majmuk Malaysia seperti tarian dabus, dikir barat, dan lagu puisi. Walaupun persembahan cuma 30minit, tetapi sudah cukup menghiburkan, sekali gus memberi gambaran akan keunikan kebudayaan Malaysia yang boleh menyatukan perpaduan kaum

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Peserta rombongan juga dibawa melawat persekitaran sekolah. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan; ada yang melawat bilik darjah, melawat pusat sumber sekolah, dan melawat kelas tingkatan 6. Sepanjang tinjauan, mereka ditemani oleh guru penolong kanan. Apa yang menarik ialah, pelajar Jepun walaupun tidak tahu berbahasa Melayu, dan lemah dalam berbahasa Inggeris, namun rajin bertanya keran mereka mempunyai keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri dengan membuang perasaan rendah diri.


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


Akhirnya peserta rombongan meninggalkan sekolah dengan menaiki bas yang disewa khas. Entah mengapa, pertemuan yang baharu itu seketika telah membuahkan kemeseraan dan terasa tidak sanggup untuk berpisah. Namun, warga sekolah ini berasa bangga kerana telah menjadi pilihan pelajar Jepun dan berasa puas dapat melayan mereka dengan baik.

9 JULAI 2009
Laporan disediakan oleh,

…………………………….............
( )
Setiausaha Badan Pengawas
SMK St. Michael

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Pilihan perenggan isi

Satu permainan bola tampar persahabatan telah diadakan di gelanggang bola tampar. Permainan ini disertai oleh pelajar tingkatan empat dan lima. Permainan selama 30minit telah dimenangi oleh pasukan sekolah dengan keputusan, 3-2. Selepas itu, diadakan pula satu pertunjukan permainan sepak takraw. Permainan ini ditunjukkan oleh pelajar tingkatan 3A2. Ramai pelajar Jepun ingin mencuba permainan tersebut krana dianggap unik bagi mereka

Ketibaan rombongan telah disambut oleh pengetua sekolah , Encik Phoon Chong Chee. Mereka kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat sekolah yang terletak di tingkat satu bangunan pejabat sekolah. Di bilik itu, ucapan alu-aluan daripada pihak pengetua dan wakil dari rombongan tersebut,Encik Yamashito. Kemudian sesi taklimat telah disampaikan ole Tuan Pengetua. Ketika itulah diterangkan sejarah penubuhan dan pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Selepas acara tersebut, satu jamuan tengah hari diadakan di Bilik mesyuarat, bersebelahan dengan pejabat. Mereka disajikan dengan makan Malaysia yang berbagai cita rasa. Dalam ucapan perpisahan,wakil rombongan, Encik Yamashito dengan menggunakan bahasa Melayu, mengucapkan terima kasih atas sambutan yang diberikan. Malah beliau menjemput pelajar sekolah ini berkunjung ke negeranya sebagai cara untuk membalas budi baik warga sekolah ini. Kemudian diadakan majlis bertukar cenderamata. Ramai juga pelajar bertukar-tukar alamat.

Tuesday, May 12, 2009

Sesi Ceramah Pelajar Tingkatan 6 ( 12.5.2009 )

Satu sesi taklimat telah diadakan khas untuk pelajar aliran kemanusiaan tingkatan enam bagi membantu mereka membuat pilihan mata pelajaran yang tepat. Taklimat bagi mata pelajaran bahasa Melayu disampaikan sendiri oleh Ketua Bidang Bahasa iaitu Tn. Haji Sidik
Taklimat mata pelajaran Ekonomi telah disampaikan oleh Tn. Haji Azhar ketua Panitia Ekonomi




Monday, May 11, 2009

Selamat Datang Pelajar Tingkatan 6 Sesi 2009/2010

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah sedang bersiap sedia mendengar
penerangan daripada guru penyelia tingkatan 6 pada hari pertama
mereka melaporkan diri ( 11.5.2009) di SMI

Sebahagian pelajar daripada beberapa buah sekolah di sekitar Bandaraya Ipoh yang ditawarkan ke tingkatan 6 bagi aliran Sains dan Kemanusiaan

Mereka bertemu rakan-rakan lama dan baru setelah 5 bulan
meninggalkan bangku persekolahan

Kebanyakan pelajar akan melaporkan diri ke tingkatan 6 sebelum mereka
menerima tawaran daripada pelbagai IPTA atau IPTS

Tuesday, May 5, 2009

KARANGAN 7

Karangan Jenis Fakta
Tajuk : Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah tersebut.Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah tersebut.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar.

Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar.

Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu mementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, dan menanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasan dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar-pelajar.

Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga dan masyarakat.

Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada.

(Sumbangan Pn. Harlina)

BERDASARKAN KARANGAN DI ATAS, CATATKAN ISI UTAMA DAN HURAIAN BAGI SETIAP PERENGGAN

Perenggan Isi 1
Isi Utama : .......................................................................
Huraian Isi : ....................................................................

Perenggan Isi 2
Isi Utama : .......................................................................
Huraian Isi : ......................................................................

Perenggan Isi 3
Isi Utama : .......................................................................
Huraian Isi : ....................................................................

Tuesday, April 28, 2009

MINGGU BAHASA SMI (27 - 30 APRIL 2009)

Pelancaran Minggu Bahasa disempurnakan oleh Tuan
Pengetua ( En Phoon Chong Chee ) diiringi oleh Tn Hj Sidik ( Ketua Bidang Bahasa )

Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu pelbagai program telah dilaksanakan di peringkat sekolah, antaranya ialah Minggu Bahasa. PERBAMA ( Persatuan Bahasa Melayu SMK St. Michael, Ipoh sebagai tradisinya telah melancarkan Minggu Bahasa bagi tahun 2009. Banyak acara telah disediakan, antaranya ialah Pertandingan Pidato, Mendeklamasikan sajak, Puisi dan Lagu, Menulis Cerpen dan sebaginya. Para pelajar digalakkan mengambil bahagian bagi memeriahkan minggu bahasa ini.

Tuan Pengetua sedang menyampaikan ucapan perasmian

Para pelajar tekun mendengar amanat
Penyertaan pelajar dalam menjayakan aktiviti Minggu Bahasa amat diperlukan

Sunday, April 26, 2009

KARANGAN 6

Para Pelajar yang dikasihi,
Lengkapkan karangan berikut dan hantar pada hari Rabu ( 29 April 2009 )

TAJUK : Kepentingan Menguasai Pelbagai Bahasa
Tulis pengenalan berdasarkan idea berikutAyat 1 : MIKO – penting dalam kehidupan moden
ayat 2 : Bukti – pelbagai kursus bahasa penting di dunia ditawarkan di IPT di negara kita
ayat 3 : Agensi – sekolah, kemeterian pelajaran menggalakkan mempelajari pelbagai bahasa
ayat 4 : peribahasa / cogan kata yang sesuai
ayat 5 : soalan – kepentingan kepada pelajar, masyarakat
(maaf , pelajar yang mengikuti kelas saya saja yang mungkin faham teknik ini)Isi 1Bahasa Inggeris merupakan laluan atau medium pelbagai ilmu pengetahuan baru kerana banyak penemuan dan kajian terkini ditulis dalam bahasa Inggeris. Mudahnya ilmu pengetahuan ini sampai kepada kita apabila kita dapat berbahasa Inggeris. Tambahan pula bahasa Inggeris digunakan secara meluas di serata dunia. Begitu juga halnya dengan bahasa Jepun. Bahasa Jepun ialah bahasa perdagangan dan rakyatnya amat bangga berbahasa sendiri. Kepentingan perdagangan dengan orang-orang Jepun dapat diuruskan dengan baik jika kita tahu berbahasa Jepun

Isi 2
Manakala bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Menguasai bahasa ini akan memudahkan masyarakat Islam membaca, memahami dan menghayati kandungan kitab suci al-Quran itu. melalui bahasa ini juga kita dapat berhubung dengan orang Arab, lebih-lebih lagi ketika menunaikan fardu haji di Mekah dan di Madinah atau ketika menunaikan umrah

Isi 3
Kita juga dapat mengenali budaya sesuatu bangsa melalui bahasanya, bagai kata pepatah 'bahasa lambang bangsa'. Orang Perancis contohnya amat bermegah dengan bahasa mereka. Mereka tidak mahu langsung berbahasa selain bahasa Perancis. Justeru bagi mengenali budaya orang Perancis, kita harus menguasai bahasa mereka. Sekiranya ada antara kita yang berpeluang belajar atau sekurang-kurangnya melawat negara Perancis, hubungan dengan penduduk setempat lebih mudah dilakukan jika kita pandai berbahasa Perancis. Begitu juga dengan bahasa Belanda. Banyak khazanah sastera Melayu Malaysia dan Melayu Indonesia tersimpan di perpustakaan-perpustakaan di luar negeri terutama di negara Belanda. Kalau kita berminat hendak membuat penyelidikan tentang bahasa Melayu terutama tentang sejarah perkembangan bahasa Melyu pada peringkat awal, dapat kita ketemukan di negara berkenaan. Sudah pasti dengan menguasai bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Belanda amat memudahkan kita melakukan kajian-kajian berkaitan.

Tulis penutup bagi karangan di atas ( pilih salah satu cara )

Cara 1Penada wacana + Ramalan + Seruan (siapa) + Seruan (apa) + Harapan

Cara 2
Penada wacana + Ulang isi besar + Seruan (siapa) + Seruan (apa) + Harapan

Saturday, April 25, 2009

Sekitar Pertandingan Boling Kelab Guru SMI 25 April 2009

Gelanggang Boling Ipoh Prade menjadi medan bakat-bakat tersembunyi dari Kelab Guru dan Kakitangan SMI memperagakan pelbagai teknik yang luar biasa. ( Tak sanggup nak cerita teknik yang digunakan ) sampai ada bola melekat kat jari !!! yang bola masuk longkang jangan ceritalah. Tapi apa-apa pun syabas!! kerana tak peduli apa orang kata. Main tetap main. Menang atau kalah bukan soalnya. Inilah kali pertama penulis lihat satu-satunya permainan yang dianjurkan oleh kelab yang dapat menghimpunkan ahli seramai ini.

Orang kuat team pejabat sedang merancang strategi

Salah seorang ahli yang berkebolehan dalam permainan ini ( Haji Zul berbaju kuning)
Sedang menunggu giliran. Nampaknya Kelab kena buat lagi lain kali sebab ada yang tak sempat nak main dan ada yang tak puas main.

Sebahagian daripada ahli kelab bersama pengerusi Kelab Guru dan kakitangan Sdr Maulid ( berbaju merah menyala)

Antara kumpulan yang terkuat tapi tak menang

Tahniah !!!
Ini dia juara perseorangan pertandingan kali ini. Hadiahnya belum tempah lagi.



Saturday, April 11, 2009

Bahan Bacaan Ke 4

Tajuk Novel : ANAK ANGKAT

Karya Maz A . Z . ini pasti menyentuh sanubari setiap pembacanya . Saya sendiri sudah membaca novel ini lebih daripada dua kali .

Novel " Anak Angkat " ini mengisahkan sepasang suami isteri , Pak Madon dan Puan Kamariah yang tidak dikurniakan zuriat . Walaupun kaya , namun mereka masih terasa kekurangan tersebut .

Salmah , Amir dan Murni telah dijadikan anak angkat mereka . Salmah telah diserahkan oleh pak cik dan mak ciknya kerana tidak mampu lagi mengurus hidupnya . Amir pula mangsa perceraian ibu bapa dan dera yang pernah mengemis di tepi jalan . Murni pula anak terbuang kerana kakinya yang lumpuh .

Keluarga Pak Madon yang bahagia mula menghadapi masalah apabila anak - anak angkat itu meningkat dewasa . Misalnya , ibu bapa Murni hendak mengambil Murni kembali kerana sudah bertaubat . Akhirnya , mereka berjaya mengatasi segala ranjau hidup tetapi Pak Madon meninggal dunia .

dangau - pondok kecil dii sawah / ladang untuk menjaga tanaman dan sebagainya .
permatang - jalan kecil di sawah yang tinggi sedikit daripada permukaan di sekelilingnya .

Tebalnya 105 muka surat .
Penerbit : Edusystem Sdn. Bhd .
Tahun terbit : 1993
ISBN : 967 - 906 - 207 - 4

Sumbangan daripada Dhesegaan 3A2 (2009).

Thursday, April 9, 2009

Foto-foto Sukan Tahunan Ke-82 ( 9.4.2009)


Pasukan dari USS4. Tahniah!!


5S3 sedang membalas hormat


Kelas 4 sains sedang bersedia untuk bergerak

Sebahagian daripada penonton

Kelas 3A8 dengan gaya tersendiri

Peserta jemputan bagi acara larian antara sekolah


Tetamu Kehormat Mr Asir Victor
( Old Michaelian & Ex-Olympian)
diiringi oleh Tuan Pengetua

Terima kasih MILO!!!

Menunggu majlis penyampaian hadiah

Masih menunggu majlis penyampaian hadiah

Bersedia untuk perbarisan antara kelas

KHABAR DARI JABATAN BAHASA SMI - APRIL 09


Selamat Datang Blogger Guru BM SMI
Satu Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP) Panitia Bahasa Melayu telah diadakan pada 8April 2009 bertempat di Bilik Komputer SMI. Ladap ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru tentang penggunaan blog dalam P&P. Ketua Panitia merangkap Ketua Bidang Bahasa (Cikgu Sidek) telah membantu guru-guru membina blog masing-masing turut dibantu oleh guru ICT iaitu Pn Wan Norliza dan Cik Naizatul Aslamiah. ( gambar-gambar lain akan menyusul kemudian)

Wednesday, April 8, 2009

LATIHAN KEBAKARAN - SEDIA PAYUNG SEBELUM HUJAN

Satu latihan kebakaran yang melibatkan semua warga SMI telah diadakan pada 8 April 2009 sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dijangka



Guru sedang mencari para pelajarnya yang terselamat !!!






Pertandingan Puisi Dan Lagu Zon 2, Kinta Utara

Para hakim Pertandingan Puisi dan Lagu sedang tekun mengadili pertandingan peringkat Zon 2, Kinta Utara pada 2 April 2009 bertempat di Dewan Besar SMI. Johan pertandingan tersebut ialah SMT Lebuh Cator, Ipoh . Tahniah !!


Monday, April 6, 2009

BACAAN TAMBAHAN KE-3

Tajuk Cerpen : Merintis Denai

Cerpen ini merupakan cerpen pertama dalam antologi “ Merintis Denai ” yang memuatkan cerpen – cerpen pengarang dari negeri Kedah Darul Aman . Cerpen “ Merintis Denai ” karya Abdul Halim R ini mengisahkan perjuangan Haji Jusuh , seorang guru silat di Pekan Kodiang . Beliau bersama – sama Cikgu Hassan , Bung Azhar dan teman perjuangan yang lain menentang gagasan Malayan Union . Mereka berpakat di bawah SABERKAS untuk menyeru orang Melayu menyertai rapat umum di Padang Court untuk meluahkan bantahan terhadap Malayan Union . Dalam perjuangan , mereka terpaksa menghadapi muslihat – muslihat si Musa dan komplotnya yang mengagung-agungkan penjajah Inggeris . Si Musa menghina pemikiran orang Melayu serta berusaha mengagalkan rancangan Haji Jusuh dengan pelbagai taktik kotor . Setelah berpenat – lelah , hasrat mereka akhirnya tercapai dengan restu Tuhan . Kini , Haji Jusuh dikurniakan dengan waris – waris yang berilmu dan berakhlak tinggi . Musa pula meninggal dunia di penjara atas kesalahan mengedar senjata . Dia dikurniakan sumpahan dengan seorang anak , Salikun yang menagih dadah dan kini tidak waras .

ketayap – (a) kopiah (songkok ) putih (b) sejenis kuih sekongkol – orang yang turut serta dalam suatu pergerakan jahat . 17 muka surat .
ISBN : 983-62-7032-9 Penebit : Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun terbit : 2000

Sumbangan daripada Dhesegaan 3A2

Monday, March 30, 2009

PASUKAN DEBAT BM ALA PARLIMEN SMI 2009

Pasukan Debat SMI bersedia ke SMK Anderson bersama guru Pembimbing Tn. Hj. Azhar.
Syabas!!!
SMI mendapat Naib Juara bagi Zon 2, Kinta Utara
Kita akan terus berusaha untuk mencapai kedudukan yang lebih pada masa akan datang. Teruskan perjuangan anda. Lawan tetap lawan!!!

PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU


Kumpulan Puisi dan Lagu SMI sedang giat berlatih menjelang pertandingan pada hari Khamis ini. Terima kasih kepada Saudara Dino, Cikgu Zumairi dan Saudara Wan (Vokalis 2008), Sdr Wan (gitaris 2008) dan Adib ( pendeklamator 2008) yang sudi turun padang.

Sunday, March 29, 2009

KARANGAN 5

MINAT MEMBACA SEMAKIN BERKURANG KERANA PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK.
BINCANGKAN.


(PERENGGAN PEDAHULUAN DAN PENUTUP TIDAK PERLU UBAH APA-APA HANYA SALIN SAHAJA)

Dalam dunia yang bertunjangkan maklumat kini, media massa mempunyai peranan yang amat besar kepada masyarakat. Tidak kiralah sama ada media cetak seperti akhbar, majalah, buku atau media elektronik seperti radio, televisyen atau video. Fungsi kedua-duanya adalah sama iaitu untuk menyampaikan maklumat, menyediakan hiburan dan memberi pendidikan kepada orang ramai. Justeru, pengaruh media massa ini tidak ada sesiapa yang berani menidakkannya.
Isikan tempat kosong di dalam perenggan di bawah dengan perkataan yang difikirkan sesuai

Sejak kecil lagi anak-anak sudah didedahkan kepada .............dan video. Rancangan yang .................. seperti kartun dan hiburan memang menyeronokkan mereka. Maksudnya, anak-anak sudah terlebih dahulu dididik dalam persekitaran media ................ sebelum mereka tahu membaca dan ................... . Kalau tabiat negatif terhadap pembacaan seperti ini sudah terpupuk sejak kecil-kecil lagi, bagaimanakah hendak diharapkan akan lahir masyarakat yang berminat membaca apabila mereka .............. kelak?

Baiki Ejaan yang terdapat di dalam perenggan di bawah dan gariskan ejaan yang telah dibetulkan ( 5 kesalahan )

Sungguhpun, bahan bacaan mengandungi baris-baris dan paling tidak beberapa ilastrasi dan gambarajah. Televisyen dan video misalnya tidak mementingkan baris-baris tetapi mementingkan gambar, suara dan muzik. Ketiga-tiganya bergabungjalin sehingga menghasilkan keserasian visul dan pendengaran. Bahan-bahan bacaan gagal menghasilkan panduan ini. Sebab itulah minat masyarakat kepada pembacaan kurang kalau dibandingkan dengan minat masyarakat kepada media elektronik sebab televisyen dan video misalnya mendatangkan kesan yang lebih hebat dan mempesonakan.


Lengkapkan perenggan di bawah dengan frasa yang disediakan (berwarna biru)

Buku semakin banyak................ Bentuknya beraneka jenis dan ................ Kecangihan bentuk ini menuntut ............... Pendapatan orang ramai tidaklah semuanya tinggi. Ramai yang miskin. Kalau begitu, sebilangan besar anggota masyarakat............... yang sentiasa berubah dalam sekelip mata. Daya belian yang kurang ini menyebabkan ................... Kalau beralih kepada televisyen dan video misalnya, mereka hanya ....................untuk membeli set-set berkenaan, sedangkan programnya tidak pernah berbeli.

harga dan kos yang tinggi
di pasaran.
orang ramai kurang minat membaca
kurang mampu hendak membeli buku
perlu mengeluarkan wang sekali sahaja
menarik pula keadaannya.

Jelaslah kepada kita, bahawa media massa seperti radio, televisyen dan video jauh lebih berperanan penting dan telah menguasai kehidupan manusia zaman moden. Manusia sentiasa sibuk dan tidak ada masa hendak meluangkan waktu mambaca buku-buku yang tebal-tebal dan berat-berat. Kepenatan bertugas sepanjang hari yang memerah otak perlu direhatkan. Caranya bukan dengan membaca bahan-bahan bacaan tetapi beralih kepada program-program yang menarik melalui televisyen dan video.

KHABAR DARI JABATAN BAHASA SMI

1. Pasukan Debat ( Ala Parlimen ) Bahasa Melayu SMI akan bertemu SMK Anderson di peringkat akhir Zon 2, Kinta Utara pada 30 Mac 2009 jam 9.00. Pejuang-pejuang kita ialah Mohd Izuddin (4VT3), Sharul Nizam (3A7) dan Dhesegaan (3A2). Semoga berjaya !!!
Tajuk : Sikap Masyarakat menyebabkan pengangguran di Malaysia ( SMI sebagai pembangkang )

2. Pertandingan Puisi dan Lagu, Zon 2, Kinta Utara akan berlangsung di Dewan Besar SMI pada 2 April 2009 jam 9.00 pagi. SMI sebagai juara bertahan sedang giat mengadakan latihan. Teruskan perjuangan anda!!!

3. Pasukan Debat ( Ala Parlimen ) Bahasa Inggeris juga sedang membuat persiapan rapi ke pertandingan akhir Zon 2, Kinta Utara pada 30 Mac 2009 , jam 2.00 petang.

Sunday, March 22, 2009

KARANGAN BAGI BULAN APRIL

Karangan baru bagi bulan April akan dimasukkan pada minggu pertama bulan April. Para pelajar sila beri tumpuan bagi menyiapkan kerja rumah subjek-subjek lain. Walau bagaimanapun saya masih perlukan sumbangan sama ada ulasan daripada buku yang anda baca, karangan yang anda tulis, sajak, cerpen untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Selamat Belajar!!

Tuesday, March 17, 2009

KERJA MASA CUTI 15 MAC - 22 MAC 2009 UNTUK PELAJAR 3A2

Jawab soalan KOMSAS dalam buku kerja anda muka surat 36 hingga 53 iaitu dari Praktis 1 hingga 16. Mesti buat jangan tak buat !!. Buku akan disemak pada 17 Mac 2009 ( selasa)

Saturday, March 14, 2009

Sunday, March 8, 2009

Sila download fail di bawah sebagai bahan rujukan anda ( Anda perlu ada akaun Gmail )

Klik di sini untuk 12 Soalan dan Jawapan Novel Merdeka! Merdeka!

PELAJAR-PELAJAR YANG DIKASIHI

Terima kasih atas minat yang anda tunjukkan. Jangan lupa mencatatkan nama dan tingkatan anda setiap kali anda memberi komen. Saya juga memohon agar anda memberikan sumbangan berupa esei atau sinopsis buku yang anda baca untuk dikongsi bersama pelajar-pelajar lain. Sila hantar ke alamat gmail saya cdek370@gmail.com untuk saya edit atau terus masuk ke dalam ruang comments. Saya juga mengalu-alukan komen atau cadangan anda. Terima kasih

Cikgu Sidek

Friday, March 6, 2009

KARANGAN 4

Tulis Surat Kepada Pihak Polis Mencadangkan Langkah-langkah Mengatasi Masalah Kejadian Pecah Rumah di Taman Tempat Anda Tinggal

Susun dan Lengkapkan Surat Rasmi di Bawah Mengikut Format yang Betul.

20, Jalan Taman Meru 1,
Taman Meru,
30200 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan Tel : 05 5268255
Fax : 05 5268256
----------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : PPTM.04/Aduan.Jld 1 Bil (12 )
Kepada,
Ketua Balai,
Balai Polis Pusat Ipoh,
30000 Ipoh, 19 Syaaban 1425
Darul Ridzuan Tarikh : 4 Oktober 2004

Tuan,
Aduan tentang Kes Kecurian dan Pecah Rumah
Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Meru, Ipoh diarahkan oleh persatuan penduduk yang telah mengadakan mesyuarat tergempar baru-baru supaya mengadukan hal tersebut kepada pihak tuan.

2. Kejadian kecurian rumah telah berlaku sejak dua bulan kebelakangan ini. Hal ini sangat merisaukan warga taman ini.antara kes-kes kecurian yang sering berlaku ialah kecurian kasut, barang-barang besi, basikal malah terdapat dua kes melibatkan kehilangan motorsikal.

3. Sementara kejadian pecah rumah pula semakin galak dan membimbangkan. Satu kes telah berlaku pada waktu siang yang melibatkan seorang warga tua yang tinggal berseorangan . Saya kira hal ini sudah sampai ke tahap yang serius.

4. Oleh itu, kami mencadangkan ……...... ( sila lengkapkan )Cadangan isi : Mewujudkan pasukan rondaan bersama polis
Mengadakan talian terus ke balai polis
Mendirikan Pondok Polis
Rondaan kereta polis yang lebih kerap
5. Besarlah harapan kami semoga pihak tuan sudi membantu kami mewujudkan pasukan kawalan taman dan membantu kami melaksanakan beberapa projek yang kami cadangkan itu. Segala kerjasama pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,

…………………………
( ALI BIN ABU )
Setiausaha Persatuan Penduduk
Taman Meru, Ipoh

s.k.
1. Yang Berhormat Wakil Rakyat Tambun
2. Tuan Pegawai Daerah Kinta

SESI PENERANGAN KEPADA PELAJAR



Terima kasih kepada para pelajar yang telah memberikan respon yang baik. Manfaatkan blog ini sebaik mungkin

SESI PENERANGAN KEPADA PELAJAR


Satu sesi pendedahan penggunaan blog ini telah disampaikan oleh Cikgu Sidek kepada pelajar 3A2 dan 3A7 di Dewan Besar sekolah pada jam 12 tengah hari ini ( 6 Mac 2009 ). Turut dibantu oleh saudara Dzran ( SMI old boys. blogspot )
TIADA KARANGAN UNTUK MINGGU 1 MAC KERANA UJIAN BULANAN PERTAMA

Wednesday, March 4, 2009

KARANGAN 3

Karangan Peribahasa
Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan
Sekarang manusia berlumba-lumba mengejar kemajuan demi memenuhi impian masing-masing. Mereka yang rajin gigih berusaha untuk maju ke depan sedangkan yang malas akan ketinggalan dan mandur.



Sehubungan ini, manusia berlumba-lumba menimba ilmu. Sebabnya ialah ilmu menjadi ukuran kepada kemajuan dan kejayaan seseorang. Orang yang tidak berilmu ialah orang yang tidak berjaya.
Semua kejayaan berpunca daripada rajin dan usaha. Bukankah “rajin dan usaha tangga kejayaan?” Tepatlah seperti yang dikatakan dalam peribahasa Melayu bahawa “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?”
Tujuan peribahasa yang menjadi tajuk karangan ini dilahirkan ialah untuk menunjukkan bahawa kejayaan seseorang berpunca daripada kerajinanya. Tetapi tidak semua orang bernasib baik. Maksudnya tidak semua manusia dikurniai Allah otak yang cerdas. Tetapi ini bukanlah menjadi penghalang kepada kemajuan. Pokoknya kita menjadi seorang manusia yang rajin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Kalau begitu, setiap orang haruslah menyematkan prinsip hidup yang terkandung di sebalik maksud peribahasa itu. Tidak ada sesiapa yang istimewa di dunia ini. Tidak ada sesuatu yang luar biasa. Kalaupun otak tidak berapa cerdas, tetapi berkat digilap akhirnya pintar juga, tepat seperti maksud peribahasa lain yang berbunyi “belakang parang, kalau diasah lagikan tajam”.
Banyak contoh pemimpin dunia yang berjaya disebabkan ketekunan mereka. Contohnya ialah Abraham Lincoln. Pemimpin Amerika ini rajin menimba ilmu. Dia suka membaca. Dengan pembacaan itu, fikirannya menjadi matang. Akhirnya dia menjadi pemimpin Amerika.
Peribahasa yang menjadi tajuk karangan ini mengajak manusia zaman yang penuh pancaroba ini supaya jangan mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita. Kalau gagal sekali, ini bukanlah bererti kita akan terus gagal dalam hidup. Soalnya kita hendaklah terus mencuba dan mencuba lagi. Tidak ada apa-apa yang mustahil di dunia ini.
Segala-galanya akan dapat dicapai sekiranya kita tekun dan berusaha gigih menghadapi rintangan. Yang penting ialah kita hendaklah menentukan matlamat perjuangan kita dan kemudiannya mengatur usaha. Kemanakah matlamat kita? Kalau matlamat sudah ada, mudahlah jalan hendak dilalui. Kejayaan pasti akan dicapai juga sudahnya kerana berkat kerajinan dan usaha gigih kita.

KARANGAN 2

LAPORAN KEMAJUAN TENTANG PERSIAPAN
UNTUK MENGADAKAN PAMERAN SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. MICHAEL, IPOH

Laporan ini disediakan untuk memaklumkan kepada Tuan Pengetua tentang persiapan-persiapan yang telah dibuat bagi menjayakan Pameran Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Ipoh. Pameran akan diadakan pada hari Sabtu, tanggal 22 September, 2008, dari 9 pagi hingga 5 petang.
Ahli jawantankuasa telah bermesyuarat bertujuan melantik jawatankuasa pameran. Mesyuarat Persatuan Sains dan Matematik bersetuju sebulat suara bahawa tenaga ahli jawatankuasa Persatuan Sains dan Matematik sekolah digembleng bagi menjayakan pameran ini.
Mesyuarat juga menetapkan tarikh dan waktu pameran seperti yang disebutkan. Tempat pameran ialah di makmal sains sekolah, yang kesemuanya berjumlah tiga buah.
Ahli jawatankuasa mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua kerana memberi kelulusan kepada pameran ini. Kelulusan ini mendorong kami untuk bekerja dengan lebih keras lagi. Untuk maklumat Tuan Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah telah dijemput untuk merasmikan pameran ini. Beliau telah pun memberi persetujuan. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa PIBG juga telah kami undang untuk hadir pada majlis perasmian sebelah paginya.
Bahan-bahan yang hendak dipamerkan juga telah ditetapkan. Beberapa buah perkakas sains dan alatan moden seperti mesin pengira dan komputer telah dipersetujui untuk dipamerkan. Beberapa buah syarikat komputer yang terkemuka di daerah ini juga telah bersetuju mengadakan demonstrasi dan mempamerkan mesin-mesin mereka.
Seluruh tenaga pelajar sains telah dikerah untuk menyiapkan satu percubaan untuk satu kumpulan yang mengandungi lima orang pelajar. Semua percubaan mereka nanti akan menjadi bahan pameran.
Pada keseluruhannya kami berpuas hati dengan persiapan setakat ini. Kami yakin dengan kerjasama Tuan Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar, pameran ini akan berjaya. Dalam hubungan ini, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terbabit.
Laporan disediakan oleh,
……………………………
(CHOONG LOY HON)
Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Ipoh

SELAMAT MENJALANI UJIAN 1 2009


Para pelajar saya ( 3A2 ) sedang tekun melayani soalan. ujian ini penting bagi guru untuk membuat pengubahsuaian terhadap program peningkatan akademik pelajar terutama pelajar GALUS ( gagal lulus ). Justeru, sebarang penyelewengan ditentang habis-habisan. Diharapkan para pelajar memahami prinsip ini. Bagi mata pelajaran bahasa Melayu dapatan daripada ujian ini ( kertas 1 ) akan menjadi ukuran kepada guru tentang keupayaan pelajar dalam penguasaan tatabahasa yang merupakan 21.4% daripada keseluruhan markah bahasa Melayu PMR.

Tuesday, March 3, 2009

BUKU-BUKU MENARIK UNTUK DIBACA ( BUKU 1 DAN 2 )

Tajuk Buku : Pencuri Keris Merah

Kisah bermula apabila watak utama novel ini iaitu Pendekar Aditia Jaya kehilangan Keris Merah pemberian gurunya Eyang Wilis ketika menyelesaikan pergadungan dua adik beradik kembar Laras dan Liris. Sejak itu Aditia Jaya mengembara mengejar pencuri yang memiliki ilmu persilatan yang sangat tinggi dalam alam persilatan Nusantara. Beliau telah mengembara dari satu daerah ke suatu daerah bertemu dengan pelbagai tokoh persilatan setempat serta banyak membantu penduduk menumpaskan penguasa yang kejam serta zalim. Pelbagai jenis ilmu persilatan ditonjolkan ketika menentang tokoh-tokoh hitam sepanjang pengembaraan beliau mendapatkan Keris Merah itu semula. Akhirnya mereka diketemukan dengan dua jagoh persilatan adik beradik kembar iaitu Santi dan Ardana. Rupa-rupanya Aditia Jaya hanya dijadikan alat oleh dua orang mahaguru adik beradik iaitu Kiyai Lompo dan mahagurunya sendiri Eyang Wilis untuk mempertemukan jodoh pasangan kembar tersebut dengan Laras dan Liris. Buku ini diterbitkan di Indonesia pada tahun 1966 dan menjadi bacaan yang sangat popular ketika itu.

Buku ini kemudiannya diterbitkan oleh Pustaka Antara Kuala Lumpur pada tahun 1977. Berharga hanya RM2.00 ketika itu
Halaman 156 muka surat
Kiyai - orang alim
Robek – koyak
Kaget – terpegun
Capet - letih

Buku ini telah menjadi koleksi peribadi saya sejak saya mula-mula menjadi guru.

Tajuk Buku : Wira Muda dari Ambarawa


Sekelompok anak muda belasan tahun bersatu dalam pasukan yang mereka namakan Pasukan Berani Mati. Pasukan 15 orang yang diketuai oleh Affendi mengharungi segala marabahaya menggadai jiwa dan raga untuk mempertahankan Negara daripada penjajah Belanda yang ingin bertapak semula di bumi Nusantara selepas tahun 1945. Afendi dan kawan-kawannya berjuang dengan cara tersendiri, iaitu dengan cara melemahkan sistem logistik Belanda dan pasukan gerila yang menzalimi penduduk desa.

Dalam satu peristiwa beberapa anggota pasukan tercedera dan dirawat oleh Ibu Singgih yang hidup melarat. Bagi Afendi dan kawan-kawannya , Ibu Singgih walaupun hidup miskin , adalah insan yang mempunyai nilai manusiawi yang tinggi. Afendi membalas jasa Ibu Singgih dengan membekalkan makanan dan pakaian. Pertemuan dengan Pak Hadi, komandan sektor pertempuran, menggubah segala bentuk perjuangan menjadi lebih agresif. Di kota Ambarawa pula menyaksikan perjuangan berdarah sehingga seorang anggota pasukan petugas mengitip kedudukan musuh terkorban.

Demikiannlah Riyono Praktikto, pengarang veteran dari seberang, terilham dengan latar perjuangan bangsanya, cuba menerokai liku-liku peristiwa berdarah itu melalui watak-watak muda seperti Afendi dan kawan-kawan. Bagi Riyono, mereka merupakan wira yang menjadi tunggak kekuatan kepada satu rumpun bangsa di alam Nusantara.

Pengarang : Riyono Praktikto
Tebal halaman 197 muka surat
Penerbit : Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Tahun terbit 1992 ISBN 967 65 2531 6
Bebenah – atur, kemas
Bocah – anak kecil
Bergidik – geli
Gapura – pintu gerbang

Saturday, February 28, 2009

Kata Majmuk Mantap

Kepada para pelajar saya,

Sila download file-file di bawah sebagai bahan rujukan anda.

2. Klik Sini-Kata Majmuk Mantap

Thursday, February 26, 2009

KARANGAN 1


Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kehidupan warga tua bertambah baik.

Kini golongan warga emas semakin ramai di negara ini kerana tahap perkhidmatan kesihatan negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini di seluruh pelosok negara. Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan yang semakin ramai ini, supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?

Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini jika menghadapi penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini.

Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik.

Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau hari khas untuk meraikan warga emas ini. Pada hari yang sudah diumumkan itu nanti, hendaklah dijadikan cuti umum. Pada hari kelepasan pelbagai program dapat diadakan seperti aktiviti beramah mesra dengan generasi muda. Interaksi ini turut memberi remaja peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas.

Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat, kata orang mereka lebih dahulu makan garam.

Wednesday, February 25, 2009

SALAM PENGENALAN

Selamat Datang
ke blog Cikgu Sidek SMI
( terutama kepada para pelajar dan bekas pelajar saya )

Blog ini saya sediakan untuk kemudahan para pelajar saya mendapatkan maklumat atau bahan untuk kerja rumah mata pelajaran bahasa Melayu mereka. Jadi blog ini lebih menjurus kepada keperluan para pelajar saya. Walau bagaimanapun saya akan pertingkatkan dengan pelbagai bahan yang difikirkan perlu. Sebarang sumbangan bahan amat dialu-alukan. Sila hantar ke email saya atau menggunakan ruang comments yang tersedia.