Tuesday, September 4, 2012

Saya mohon maaf kepada para pelajar saya kerana lama tidak update blog ini, kebetulan sekarang saya ada sedikit masa untuk saya berkongsi beberapa maklumat melalui blog ini nanti, insyaAllah
Selamat belajar dan terus berusaha.

Wednesday, September 21, 2011

ANALISIS BHG B KERTAS 1 BM PERCUBAAN NEGERI2 SPM 2011

Selamat menghadapi peperiksaan, gunakan kesempatan yang ada untuk memantapkan diri dengan keperluan yang perlu. Jangan lupa memerhati analisis-analisis bagi K1 dan K2 bagi soalan percubaan negeri. kalau berkesempatan jawab mana-mana soalan yang banyak ditanya oleh kebanyakan negeri terutama bahagian B ( karangan terbuka ) dan komsas serta novel. Dalam pengalaman saya tajuk-tajuk yang sangat popular jarang sekali ditanya dalam SPM tetapi tajuk-tajuk yang ke-3 atau ke-4 penting biasanya akan keluar. Kalau berkesempatan saya akan jelaskan kemudian. Sebagai cadangan eloklah anda biasakan dengan tajuk soalan 2 ( berkaitan dengan peranan ibu bapa ) lihat semua sudut sama ada langkah mengatasi masalah atau faktor yang dapat membantu pembentukan individu atau keluarga yang bahagia atau sebagai ( ke arah positif ). Saya cuba membina satu cara ( nota ringkas ) sebagai panduan kepada pelajar untuk menjawab ( menulis ) isu ini. Selamat berusaha!!



Soalan No2, Bahagian B, Kertas 1, SPM 2011
Perlakuan negatif seperti pergaulan bebas, merokok dan melepak dalam kalangan remaja semakin membimbangkan semua pihak.
Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah ini.





Friday, April 8, 2011

KATA MAJMUK MANTAP BAHASA MELAYU

Kini, anda (khususnya para pelajar saya) boleh cetak terus daripada halaman ini tidak perlu lagi minta kebenaran saya melalui email saya. Cara menggunakannya hanyalah hafal saja. Jadi kata majmuk lain yang tidak tidak berkaitan dengan kedua-dua cerita di atas secara automatik dieja terpisah. Contohnya kereta api, atur cara, tengah hari, pasar raya dan lain-lain lagi.

Tuesday, January 18, 2011

MAJLIS PELANTIKAN RASMI PEMIMPIN PELAJAR SMI 2011 ( SELASA - 18 JAN 2011 )

Tetamu Kehormat Cif Inspektor Rames, Ketua Balai Polis Ipoh sedang menyampaikan ucapan perasmian pelantikan Pengawas Sekolah, Pegawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas bagi sesi 2011

Ketua pengawas, Master Tan Tinh Chern menerima watikah pelantikan daripada Cif Inspektor Rames, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah.
Pembacaan Ikrar oleh ketua-ketua pengawas diketuai oleh Ketua Pengawas sekolah

Para pelajar sedang tekun mendengar amanat yang disamapaikan oleh tetamu kehormat

Wednesday, October 20, 2010

ANALISIS BM KARANGAN BHG B TRIAL NEGERI-NEGERI 2010

Kecenderungan membuat ramalan tajuk-tajuk yang keluar dalam SPM mempunyai risiko yang harus ditanggung tetapi memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk popular berdasarkan analisis soalan trial negeri banyak membantu. Sedapat mungkin tulis karangan bagi tajuk-tajuk yang paling kerap ditanya yang disenaraikan di bawah.
Berdasarkan 15 set soalan percubaan negeri dan institusi terkemuka di atas, didapati terdapat beberapa tajuk esei yang kerap dikemukakan, antaranya ;
1. Masalah disiplin / jenayah ( 8 kali )
2. 1 Malaysia / perpaduan ( 6 kali )
3. gaya hidup sihat ( 4 kali )
4. Minat membaca ( 4 kali )
5. Teknologi Maklumat ( 4 kali )
6. Penyakit berbahaya ( 3 kali )
7. Pengangkutan Awam ( 3 kali )
8. Penderaan kanak-kanak ( 3 kali )
9. Hubungan serantau ( 3 kali )

Wednesday, October 13, 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA SMK ST. MICHAEL, IPOH

Sebagai kesinambungan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan oleh YAB Menteri Pelajaran di Stadium Indera Mulia , Ipoh pada 5 Oktober lalu. SMK St. Michael, Ipoh telah melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah. Sebenarnya minggu bahasa telahpun dilancarkan pada bulan Julai yang lalu dengan pelbagai program seperti pertandingan pidato, perbahasan, deklamasi sajak, dan penulisan esei.

Monday, October 4, 2010

BERSAMA TOKOH BAHASA MELAYU TERBILANG

Kesempatan mengikuti bicara beberapa tokoh bahasa dan akademik seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, Datuk Dr hassan Ahmad, Dr Mohd Ridzuan Tee Abdullah dan Dr. Sivamurugam pada 30 September 2010 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak darul Ridzuan, Ipoh, kadang-kadang membuatkan saya termenung memikirkan nasib bahasa sendiri di bumi tercinta ini. Sebagai guru bahasa yang telah mengajarkan bahasa lebih 30 tahun hanya dapat mengharapkan usaha ditabur disulam dengan keikhlasan sedapat mungkin agar ilmu yang diajar mendapat berkat daripada-Nya.