Thursday, February 26, 2009

KARANGAN 1


Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kehidupan warga tua bertambah baik.

Kini golongan warga emas semakin ramai di negara ini kerana tahap perkhidmatan kesihatan negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini di seluruh pelosok negara. Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan yang semakin ramai ini, supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?

Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini jika menghadapi penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini.

Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik.

Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau hari khas untuk meraikan warga emas ini. Pada hari yang sudah diumumkan itu nanti, hendaklah dijadikan cuti umum. Pada hari kelepasan pelbagai program dapat diadakan seperti aktiviti beramah mesra dengan generasi muda. Interaksi ini turut memberi remaja peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas.

Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat, kata orang mereka lebih dahulu makan garam.

28 comments:

  1. Para pelajar yang dikasihi,
    Setelah anda dapatkan karangan berkenaan, sila tinggalkan pesan dalam comments supaya saya tahu siapa yang sudah dapat menyalinnya untuk latihan selanjutnya. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. HAMBALI DAH SIAP

    ReplyDelete
  3. Azim Bin mazlan siap.......

    ReplyDelete
  4. salam cikgu...

    tahniah kerana dah ada blog.
    harap blog ni dapat dimanfaatkan oleh anak2 murid cikgu dalam memajukan diri terutamanya dalam mata pelajaran BM...

    ReplyDelete
  5. Salam saudara Dzran,
    Terima kasih atas bantuan saudara, saya masih perlukan banuan saudara untuk memuatkan bahan-bahan lain. tk

    ReplyDelete
  6. Daniel sudah siap

    ReplyDelete
  7. Wong Chen Nan.
    Sudah Siap

    ReplyDelete
  8. Soo Tsung Hau sudah siap salin

    ReplyDelete
  9. Tan Wooi Sheng dan Wong Zhen Hao sudah siap

    ReplyDelete
  10. Selamat sejahtera,cikgu.
    Saya nak tanya 3A3 perlu buat yang mana???

    Yang benar,
    Cheong Kok Foong

    ReplyDelete
  11. Dhanesh 3a2
    sudah siap...

    ReplyDelete
  12. Raja Akif Muizzuddin(3a2) sudah siap

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. lee shi yong 3A2 sudah siap kerja tersebut.

    ReplyDelete
  15. cikgu... deva ...3a2 dah siap

    ReplyDelete
  16. OM PRAKASH (3A2)SUDAH SIAP

    ReplyDelete
  17. Cheong Kok Foong 3A3,

    Anda boleh ikut latihan karangan berpandukan minggu-minggu yang ditetapkan. Tetapi lebih baik rujuk dahulu kepada guru BM anda. Apaila sudah pasti arahannya baru anada ikut blog ini. terima kasih atas minat anda.

    ReplyDelete
  18. Fawwaz(3a4)......selesai

    ReplyDelete
  19. Pn Agila .....
    Zarul Fitri Bin MUHD Zamrie (3a7)dah siap salin

    ReplyDelete
  20. Puan Agila,
    saya sudah siap,dari Chong Chee Seong (3a4)

    ReplyDelete
  21. Cikgu, dah siap salin...

    ReplyDelete
  22. cikgu saya sudah siap~liew wai luen(3a4)

    ReplyDelete
  23. ♫☠ ~Ĝ.ÐeeⓑÁηd R@j~ ☠♫
    [3 lOyAlTy] said
    ~~~~`$@Ya SuDaH SiAp sAlinツ
    KePaDa▐► ★pN.คĜ!lค★

    ReplyDelete
  24. Ĝ.ÐeeⓑÁηd R@j= G.DEEBAND RAJ ♫ ♫ ♫ ♫
    [3 L O Y A L T Y] ♫ ♫ ♫ ♫ ♫ ♫
    HEHEHE!!!!!

    ReplyDelete
  25. sudah siap!!arvindraj 3a4 terima kasih

    ReplyDelete
  26. Darren Lee. 3A2, tahun 2010. Sudahpun siap menyalin. Terima kasih kerana mengadakan pembelajaran yang begitu seronok sekali!

    ReplyDelete