Thursday, December 24, 2009

TAHNIAH PELAJAR PMR 2009

tahun ini keputusan PMR SMI memperlihatkan peningkatan yang membanggakan. Tahniah kepada para pelajar. Pelajar yang memperoleh A bagi semua subjek telah meningkat daripada 42 orang kepada 52 orang.
Bagi mp Bahasa Melayu, peratus kelulusan juga meningkat daripada 95.2% pada tahun lepas kepada 97.3% pada tahun ini (2009). Syabas, kepada para pelajar 3A2 yang merupakan kelas paling cemerlang dalam bahasa Melayu iaitu 14 orang telah mendapat gred A. Saya juga turut berasa bangga kerana mempunyai guru-guru yang cemerlang khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu. Terima kasih kepada Pn. Harlina, Pn Aspalela, Pn. Agila dan Sdr. Shahruzaman kerana usaha-usaha kalian.

3 comments:

  1. Terima kasih atas ajaran cikgu !


    ~ Dhesegaan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu.



    Lee Shi Yong

    ReplyDelete
  3. Tahniah
    Berkat kesungguhan guru2 dalam mendidik dan ketekunan pelajar dlm mempelajari ilmu..akhirnya keputusan cemerlang diperolehi..
    Tahniah 3A2
    Usaha pengajaran dan pembelajaran menggunakan blog menampakkan hasil...teruskan usaha...

    ReplyDelete