Saturday, February 20, 2010

Selamat Tahun Baru ( Harimau )


Friday, February 12, 2010

PRINSIP PENGGUNAAN IMBUHAN MeN...kan/i

Setiap kali saya menerangkan penggunaan imbuhan MeN... kan/i kepada pasti saya akan menghadapi masalah apabila penerangan saya berdasarkan Buku Tatabahasa Dewan. Justeru saya telah mengubahsuai penerangan saya kepada kaedah hafalan ( mengikut cara saya ) seperti dalam carta di bawah.

MIKO ( TEKNIK MENULIS PENGENALAN KARANGAN )

Teknik MIKO hasil olahan saya dan telah saya gunakan sejak sekian lama hingga sekarang tetapi setiap tahun sering mengalami perubahan demi perubahan bagi memantapkannya. Mungkin pelajar saya terdahulu tidak pernah melihat gambar rajah sebegini. Kini, formula yang saya gunakan ini saya anggap telah mantap ( menurut maklumat bekas pelajar saya ). Walau bagaimanapun teknik ini masih memerlukan penjelasan lanjut daripada saya bagi mendapatkan kesannya secara maksimun. Ayat-ayat yang saya gunakan dalam contoh-contoh di atas merupakan ayat-ayat yang paling asas atau paling mudah kerana gambar rajah tersebut saya gunakan dalam satu program bagi membantu pelajar HALUS ( harap lulus ).
Kepada pelajar dan bekas pelajar saya yang pernah menggunakan teknik ini, sila beri Comment tentang keberkesanannya membantu anda membina pendahuluan karangan. InsyaAllah akan banyak lagi bahan yang akan saya muatkan dari semasa ke semasa. tk

FORMULA TATABAHASA 012K3 ( AYAT PASIF)

Semoga formula ini dapat membantu pelajar memahami cara membina ayat pasif diri pertama , kedua dan ketiga. Ayat-ayat dalam contoh di atas sangat mudah dan paling asas.

Tuesday, February 2, 2010

LELUCON - SEKADAR HIBURAN

Semasa saya merayau-rayau dalam internet mencari Peraturan Penggunaan Tandas bagi peraturan tandas baru sekolah saya terjumpa lelucon ini. Saya tergelak sendiri, tahniah kpd Kay ( saya lupa blog beliau ) kerana kreativiti humornya yang tinggi.
PERATURAN TAMBAHAN SYARIKAT X BAGI TAHUN 2010
Perhatian kepada semua staff.
Berkuat kuasa pada tahun 2010, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kereta nasional sama ada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di tahap yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH: 1)
Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka
perlu makan lebih untuk kesihatan.2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Hal ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbukadan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah kolum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.
( MR X )
Pengurus Besar
Label: kelakar