Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


satu perkara yang begitu lazim bagi saya; apabila setiap tahun, tibanya sambutan hari guru di peringkat sekolah ialah saya akan diminta membacakan Perutusan daripada Menteri Pelajaran atau Ketua Pengarah Pelajaran. Hingga kini saya sudah 10 tahun membacakan perutusan-perutusan tersebut. Tanpa saya sedari perutusan-perutusan tersebut banyak membantu saya memahami perkara-perkara dasar dalam sistem pendidikan kita yang silih berganti menterinya dan wawasanya. Pengetahuan yang ada pada saya itu dapat pula saya kongsikan dengan rakan-rakan guru yang lain terutama apabila mereka ingin menyiapkan kerja kursus berkaitan perjawatan mereka. Saya bersyukur Allah SWT masih memberikan kekuatan mental dan fizikal untuk saya terus membantu guru dan para pelajar di bawah bimbingan saya.
Terima kasih daun keladi kepada para pelajar, bekas pelajar, individu yang sudi menyampaikan penghargaan sama ada berupa buah tangan atau menghantar mesej sempena hari guru sejak semalam lagi. SELAMAT HARI GURU
ikhlas dari saya.

Friday, May 7, 2010

Tahniah SMI Juara Debat Help University

Tahniah pasukan debat SMI, selepas dua tahun memegang status naib juara, kali ini mereka membawa pulang hadiah bernilai lebih RM 80,000.00 ( biasiswa dan hadiah) sebagai juara bagi tahun 2010 mengalahkan lebih daripada 90 buah pasukan dari seluruh Malaysia. Syabas!! atas usaha anda. Saudara James Foong ( empat dari kanan) dinobatkan sebagai pendebat terbaik.
Sebagai ketua bidang saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas penat lelah dua orang guru iaitu En. A. Thederajan dan En. Palaiswaran.

Thursday, May 6, 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BM PMR BERMULA

PADA 4 Mei 2010 ( Selasa ) lalu telah bermulanya siri ceramah atau lebih tepat kalau dianggap sebagai bengkel teknik menjawab soalan Bahasa Melayu PMR. Sebahagian pelajar yang dipilih telah didedahkan dengan teknik menjawab oleh seorang guru yang sangat berpengalaman dalam penandaan kertas Bahasa Melayu. Dalam mana-mana bengkel, kesungguhan penceramah dalam menyampaikan input akan sia-sia jika peserta bersikap sambal lewa. Untuk memastikan para pelajar memberikan perhatian selama 2 jam merupakan satu kerja yang bukan senang. Terima kasih kepada para guru yang begitu sabar dengan kerenah anak didik mereka ini.

Wednesday, May 5, 2010

SMI NAIB JOHAN dalam Pertandingan Puisi dan Lagu Zon 2

Bertempat di Komplek Budaya, Ipoh, Pertandingan Puisi dan lagu Zon Dua telah berlangsung pagi ini. (5.5.2010) Bertanding di panggung yang serba lengkap merupakan satu pengalaman yang mengujakan bagi sesetengah pelajar. Terima kasih kepada SMT Leboh Cator dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak yang telah menjadi tuan rumah bersama untuk tahun ini.

Kemenangan SMI sebagai naib johan memang di luar dugaan saya walaupun sebelum ini SMI pernah menjadi johan Zon 2 dan pernah mendapat Hadiah Khas Juri di Peringkat Daerah Kinta.
Mengikut pandangan ramai kekuatan pasukan puisi SMI ialah pada puisi dan penyajaknya. Puisi yang digunakan itu ialah puisi yang saya cipta secara bersama dengan beberapa orang guru bahasa pada akhir tahun lepas. Memang dari awal telah saya jangkakan, lagu dan vokalis kurang mantap. Walau bagaimanapun syabas diucapkan kepada peserta dan guru pembimbing ( Cikgu Rohaizat, Cikgu Yusof dan Cikgu Saimah) yang banyak membantu.

Tuesday, May 4, 2010

SEKALI LAGI MODUL MIKO DIUJI

Bermula 3 Mei 2010 yang lalu sekumpulan pelajar yang menjadi penentu sama ada SMI akan mencapai 100% lulus Bahasa Melayu atau kekal dengan 94 ke 98% setiap tahun, sedang diuji dengan menggunakan modul MIKO. Bengkel selama 3 bulan ini akan dijalankan 2 kali seminggu ( 2 jam setiap kali). Pengendali bengkel Tn Haji Meor Idris telah saya didedahkan dengan Modul ini. Diharapkan kumpulan sasaran ini tidak mengecewakan SMI tahun ini.