Monday, October 22, 2012

ANALISIS BHG B K1 SPM PERCUBAAN NEGERI 2012

CONTOH MENULIS PERENGGAN ISI BAGI KARANGAN SPM : PERANAN IBU BAPA

KARANGAN ; PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

PEMBENTUKAN KELUARGA YANG BAHAGIA BUKAN SAHAJA BERGANTUNG PADA PERANAN IBU BAPA TETAPI JUGA PADA AKTOR –FAKTOR LAIN.   
BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PERNYATAAN INI                                               

Contoh karangan pelajar ( 3 isi sahaja )
 Pengenalan
              Marcapada ini, masyarakat ghairah mengejar kemewahan dan habuan duniawi di atas tanah datar ini. Masyarakat pada era golbalisasi ini dikatakan lebih individualistik bagai ‘enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ dan lebih bersikap materialistik atau ‘bermata duitan’. Tanpa disedari, kepentingan keluarga terabai oleh masyarakat. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato` Seri Shahrizat Abdul Jalil, keluarga bahagia merupakan asas kepada pembentukan masyarakat penyayang. Beliau juga mengatakan bahawa dengan pembentukan keluarga bahagia, masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmonis tanpa pertelingkahan serta perselisihan faham. Melalui pembentukan keluarga bahagia, individu yang kamil dan dihormati dapat dilahirkan yang sudah tentu akan dapat memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara. Tanggungjawab membentuk keluarga bahagia tidak hanya bergantung pada satu-satu pihak sahaja. Sebaliknya memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak, bak kata pepatah ‘bagai aur dengan tebing’. Tidak dapat disangkal bahawa ibu bapa menggalas kewajipan yang dominan bagi membentuk keluarga bahagia, namun terdapat juga pihak lain yang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keluarga bahagia.

Isi : Peranan Ibu Bapa  
            Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang penting bagi membentuk keluarga bahagia. Nabi Muhammad s.a.w pernah besabda bahawa anak-anak merupakan kain putih ibu bapa yang memainkan peranan untuk mencorakkan kehidupan anak-anak supaya menjadi golongan berkualiti serta dihormati dan tidak menjadi golongan barbar yang menjadi agen perosak terhadap pembangunan negara. Ibu bapa merupakan tulang belakang keluarga yang dapat mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga dengan memperingati hari jadi ahli keluarga,mengadakan hari keluarga,melancong dan sebagainya. Apabila wujudnya suasana yang harmoni di rumah, anak-anak akan berasa lebih selamat dan selesa untuk berada di rumah daripada membazirkan masa dengan berpeleseran di luar rumah. Ibu bapa harus mentarbiah anak-anak mereka dengan menyemai nilai-nilai murni dan budaya ketimuran dalam jiwa sanubari anak-anak sejak setahun jagung lagi bak kata pepatah bagai ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa harus meluaskan harizon pemikiran mereka dengan bersikap lebih terbuka. Mereka harus menerima pandangan anak-anak serta sentiasa berbincang dengan mereka supaya anak-anak akan berasa lebih selesa meluahkan perasaan kepada ibu bapa. Hal ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat penyayang yang merupakan cabaran yang ketujuh dalam usaha mencapai visi dan kudsi Wawasan 2020. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka menelusuri penitian jalan hidup yang betul dengan memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya bagai ‘menatang minyak yang penuh’. Ibu bapa juga seyogiannya memberi hadiah dan galakan atas kejayaan ank-anak. Konklusinya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha membentuk keluarga bahagia demi kemajuan masyarakat dan negara.

Isi : Peranan Masyarakat
          Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga bahagia.  Masyarakat merupakan antara elemen penting yang dapat menetukan pembentukan seorang individu yang kamil dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan keluarga bahagia.  Masyarakat di sesuatu kawasan tempat tinggal harus sentiasa bekerjasama antara satu sama lain seperti aur dengan tebing dengan mengadakan kenduri, gotong royong dan sukaneka.  Semasa musim perayaan pula penduduk harus  mengadakan rumah terbuka bersama –sama.  Penduduk yang menghadiri majlis rumah terbuka bersama keluarga mereka dapat menjalin semangat ukhuwah yang baik dengan penduduk setempat.  Dengan ini ahli keluarga dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan selesa.  Penduduk di sesuatu kawasan tempat tinggal sayogianya menubuhkan kelab rukun tetangga bagi menjamin keselamatan penduduk setempat.  Ahli keluarga yang telah dewasa harus menyertai kelab ini dalam uslub mewujudkan kawasan tempat tinggal yang selamat tanpa jenayah.  Sudah menjadi fitrah bagi remaja melibatkan diri dalam gejala sosial disebabkan pengaruh rakan sebaya dan budaya kuning daripada barat.  Masyarakat harus lebih peka dalam usaha membendung gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah vendalisme dan gengsterisme dalam kalangan remaja.  Perkara ini akan menjamin remaja menelusuri penitian jalan hidup yang betul bagi menjadi individu yang berkualiti dan mengharumkan nama keluarga.  Sebagai intihanya masyarakat memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk keluarga bahagia. 

Isi : Peranan Kerajaan
                Di samping itu pihak kerajaan juga menggalas kewajipan yang setimpal dalam usaha membentuk keluarga bahagia.  Pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang yang melibatkan  hak kanak-kanak dan hak keluarga.  Tamsilannya Akta perlindungan kanak-kanak 1948 memberi perlindungan kepada anak-anak yang didera.  Perkara ini melindungi hak kanak-kanak sebagai individu yang harus menikmati kehidupan yang selamat dan bahgia.  Ibu bapa kan mengambil inisiatif untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang penderaan. Dan seterusnya mendidik mereka menjadi insan yang berguna.  Kerajaan juga harus menyediakan penghargaan kepada ibu bapa yang berjaya mewujudkan keluarga bahagia. Hal ini merupakan salah satu langkah optimum bagi membentuk masyarakatmadani.  Pada hari muka.  Sebagai misalan. Anugerah ibu mithali yang mengiktiraf kejayaan seorang ibu mentarbiah anak-anaknya     menjadi individu cemerlang menjurus ke arah pembentukan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, ekonomi, rohani dan intelek.  Anak-anak yang berasal dariapada latar belakang yang kkurang berkemampuan tetpai cemerlang harus diberi biasiswa supaya dapat membantu memajukan kelaurga mereka dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi kelaurga. Justifikasinya kerajaan memainkan peranan yang afdal dalam pembentukan keluarga yang bahagia yang menjaminkehormanian masyarakat.

ANALISIS K2 BM SPM PERCUBAAN NEGERI 2012 ( Bhg 4 )

ANALISIS K2 BM SPM PERCUBAAN NEGERI 2012 ( Bhg 3 )

ANALISIS K2 BM SPM PERCUBAAN NEGERI 2012 ( Bhg 2 )

ANALISIS K2 BM SPM PERCUBAAN NEGERI 2012 ( Bhg 1 )

ANALISIS BHG A K1 SPM PERCUBAAN NEGERI 2012

ANALISIS S4 (NOVEL) K2 PERCUBAAN SPM NEGERI 2012

Sunday, October 21, 2012

ANALISIS BHG A K1 SPM 2005 - 2011

Friday, October 19, 2012

ANALISIS BHG B K1 SPM 2005 - 2011

Monday, October 8, 2012

ANALISIS BHG B KERTAS 2, PMR PERCUBAAN NEGERI 2012

N 9       :   Peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
                 ISI :  Peranan keluarga, Peranan sekolah, Peranan Media massa, Peranan kerajaan
Melaka  :  Cara-cara menghargai warga tua Memberi wang sekucupnya
                 ISI : Memberikan kasih sayang, Menjaga perasaan mereka, Selalu mengunji mereka
Kedah :    Kepentingan hutan Sumber kayu balak.
                ISI :  Sumber penrubatan tradisional, Rekreasi eko ( ekopelancongan ), Habitat haiwan
WPKL  :  Aktiviti masa senggang.
                ISI :  Bersukan, Melayari internet, Berkebun sayur, Membaca
Selangor : Langkah2 mengatasi sungai cetek
                ISI :  Mengawal aktiviti penenbangan pokok  Mengawal aktiviti penembangan pokok
                         Mengawal aktiviti pembuangan sampah ke dalam sungai,Mendalamkan dasar sungai,
                         Mengawal aktiviti hakisan di tebing sungai.
Kelantan :  Usaha2 untuk menyemaikan Sikap berbudi bahasa.
                 ISI :  Tidak menyakiti orang lain, Tidak meninggikan suara apabila bercakap dgn orang yg 
                          lebih tua, Sentiasa mengucapkan salam, Menggunakan bahasa yang bertatasusila
Pulau Pinang :  Ciri2 sekolah selamat.
                ISI :  Sistem kawalan keselamatan di pintu masuk, Menyediakan pengawal lalu lintas, 
                         Menyediakan alat pemadam kebakaran, Setiap kelas ada pelan arah kebakaran
Pahang  :  Punca-punca keracunan makanan.
                ISI :  Tidak mencuci tangan sebelum makan, Peralatan yang tidak bersih, Makanan yang
                         terdedah, Pengabaian kebersihan premis jualan
Perak   :   Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita.
                ISI :  Pertambahan kawasan petempatan setinggan, Meningkatkan pelbagai kes jenayah,
                        Mengancam keselamatan penduduk, Mengehadkan peluang pekarjaanm
Catatan :
Bahan tentang Alam sekitar 2X ( atasi sungai cetek, kepentingan hutan ), Nilai baik 3X ( menyemai sikap berbudi bahasa, menghargai warga tua, memupuk minat membaca ),

TAJUK-TAJUK KARANGAN POPULAR PERCUBAAN NEGERI 2012

BAHAGIAN C ( 40M ) KERTAS 2 BAHASA MELAYU PMR 2012
( MELAKA, SBP, KELANTAN, W. PERS, KEDAH, PERAK, PP N9, PAHANG.

Tajuk :
                                                      Peranan ibu bapa 5X ,
Membentuk Keluarga Bahagia (Pahang), Memastikan Kesihatan anakanak terpelihara ( W. Pers), menangani Masalah Sosial ( Melaka) Mengawal obesiti dalam kalangan anak-anak (PP), Membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi pepriksaan
                                                      Surat Kiriman ( Biasa )  4X 
Persediaan menghadapai pepriksaan (Melaka), Sambutan perayaan salah satu kaum ( Kel ), Aktiviti sepanjang bulan Patriotik ( PP ), Berpindah ke sekolah baru ( Pahang )
                                                      Peribahasa 8X
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam 3X . Sebab Nila setitik.... ( Kel ),  Melentur buluh ... ( Kedah ), Gemggam bara api ... ( PP),
                                                     Kepentingan Internet 2X ,
penggunaannaya banyak memberi manfaat (N9),  Kepentingan internet kini. 
                                                     Peranan masyarakat 2X :
Dalam menjamin keselamatan masyarakat ( Phg ), Membendung gejala sosial (Kedah )

Tuesday, September 4, 2012

Saya mohon maaf kepada para pelajar saya kerana lama tidak update blog ini, kebetulan sekarang saya ada sedikit masa untuk saya berkongsi beberapa maklumat melalui blog ini nanti, insyaAllah
Selamat belajar dan terus berusaha.