Amalan membaca telah dikenal pasti sebagai satu amalan yang dapat menambah pengetahuan dan kemahiran kita tentang sesuatu perkara. Justeru ada pepatah mengatakan bahawa ' membaca jambatan ilmu'. Oleh itu , ibu bapa hendaklah melakukan usaha untuk menyuburkan amalan ini sejak kecil lagi . Bak kata peribahasa ' Melentur buluh biarlah dari rebungnya '.
Ibu bapa hendaklah menjadi teladan atau uswah kepada anak-anak dengan menjadikan kegiatan membaca sebagai amalan ahli keluarga. Mereka boleh membaca buku, novel, akhbar dan seumpamanya di hadapan anak-anak. Kesanya , apabila anak-anak sering melihat ibu bapa mereka membaca, sudah pasti mereka akan mengikut langkah tersebut. Hal ini bertepatan dengan peribahasa 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'. jadi, ibu bapa mestilah menunjukkan minat membaca terlebih dahulu agar dapat diteladi oleh anak-anak mereka.
Usaha seterusnya ialah ibu bapa perlu menyediakan pelbagai jenis bacaan yang bermutu di rumah seperti majalah, buku cerita, buku agama dan seumpamanya. Usaha ini membolehkan anak-anak mendapat bahan bacaan dengan lebih mudah. Mereka juga tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan bahan bacaan. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka bolehlah menyediakan perpustakaan mini di rumah. Dengan cara ini diharapkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak mampu dipertingkatkan
BANGLADESH DALAM PERUBAHAN (THE NEW DAWN OF DHAKA)
3 months ago