Monday, January 7, 2013

KARANGAN UNTUK TINGKATAN 1- MEMBACA

               Amalan membaca telah dikenal pasti sebagai satu amalan yang dapat menambah pengetahuan dan kemahiran kita tentang sesuatu perkara. Justeru ada pepatah mengatakan bahawa ' membaca jambatan ilmu'. Oleh itu , ibu bapa hendaklah melakukan usaha untuk menyuburkan amalan ini sejak kecil lagi . Bak kata peribahasa ' Melentur buluh biarlah dari rebungnya '.

             Ibu bapa hendaklah menjadi teladan atau uswah kepada anak-anak dengan menjadikan kegiatan membaca sebagai amalan ahli keluarga.  Mereka boleh membaca buku, novel, akhbar dan seumpamanya di hadapan anak-anak.  Kesanya , apabila anak-anak sering melihat ibu bapa mereka membaca, sudah pasti mereka akan mengikut langkah tersebut.  Hal ini bertepatan dengan peribahasa 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'.  jadi, ibu bapa mestilah menunjukkan minat membaca terlebih dahulu agar dapat diteladi oleh anak-anak mereka.

        Usaha seterusnya ialah ibu bapa perlu menyediakan pelbagai jenis bacaan yang bermutu di rumah seperti majalah, buku cerita, buku agama dan seumpamanya.  Usaha ini membolehkan anak-anak mendapat bahan bacaan dengan lebih mudah.  Mereka juga tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan bahan bacaan.  Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka bolehlah menyediakan perpustakaan mini di rumah.  Dengan cara ini diharapkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak mampu dipertingkatkan

9 comments:

  1. Abbas Bin Asni
    1A2/1Prudene

    ReplyDelete
  2. Daniel haiqal 1a2(1 prudence)

    ReplyDelete
  3. HARRESH A/L BASKARAN 1A2 (1 PRUDENCE)
    1. KESILAPAN EJAAN, AYAT DAN PENGGUNAAN PERKATAAN SEPERTI "DIKENAL PASTI MERUPAKAN"
    2. KESILAPAN TATABAHASA CONTOHNYA PERKATAAN "MELAKUKAN"
    3. KESILAPAN PERKATAAN PERIBAHASA SEPATUTNYA PEPATAH
    4. KESILAPAN HURUF BESAR
    5. PENAMBAHAN IMBUHAN '-PER' CONTOHNYA AYAT "DIPERTINGKATKAN".

    ReplyDelete
  4. muhammad muqri rusyaidi bin mohd zakaria <1a2> (prudence)

    ReplyDelete
  5. mohamad imran tuah 1a2(1prudence

    ReplyDelete
  6. dev...........3a8

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. shit and fucking is different

      Delete
  8. Contoh karangan laporan :lawatan ke muzium negara

    ReplyDelete