Saturday, June 20, 2009

FORUM PELAJAR

Kebaikan Akiviti Sukarela kepada Masyarakat dan Negara?

Akiviti sukarela merupakan akiviti yang melibatkan ahli masyarakat atau pertubuhan secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran atau keuntungan. Biasanya bantuan yang dihulurkan dalam bentuk sumbangan wang, sokongan moral, bantuan perkhidmatan dan sebagainya. Contoh bantuan perkhidmatan ialah seperti kaunseling, rawatan, nasihat. Manakala bantuan kebendaan pula seperti selimut, ubat-ubatan, makanan segar dan keperluan harian.

Akiviti sukarela dapat mengisi masa lapang sukarelawan dengan lebih bermakna. Mereka akan berasa gembira dan bangga kerana dapat berbakti kepada golongan yang memerlukan bantuan. Mereka juga mendapat ketenangan jiwa kerana kepuasan membantu orang lain. Dalam budaya kita membantu orang lain amat dituntut. Hal ini amat bertepatan dengan ingatan agama “Tangan yang di atas lebih mul;ia daripada tangan yang di bawah” bermaksud lebih baik menjadi orang yang menghulurkan bantuan daripada menjadi orang yang menerima bantuan.

Penglibatan sukarelawan dalam akiviti sukarela juga dilihat dapat meringankan beban pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan tidak perlu menanggung semua perbelanjaan untuk sebarang masalah warga yang kurang bernasib seperti mangsa-mangsa tsunami, banjir, gempa bumi dan sebagainya. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Manakala penyertaan sukarelawan dalam akiviti sukarela global amat menguntungkan sukarelawan itu sendiri dan negara. Hal ini kerana sukarelawan yang bertugas di peringkat global dapat meluaskan pengetahuan dan kemahiran mereka. “Malang tidak berbau”, sekiranya Malaysia mengalami sebarang bencana alam, ahli sukarelawan yang berpengalaman dan berkemahiran ini dapat menggunakan segala pengalaman yang diperoleh untuk manfaat negara. Penglibatan aktif Malaysia dalam kegiatan sukarela seperti Bantuan Perubatan Malaysia melalui MERCY Malaysia atau SMART dapat meningkatkan imej negara serta mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia.

Kesimpulannya, akiviti sukarela mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Oleh itu marilah kita bersama –sama memupuk nilai tolong-menolong dalam kalangan masyarakat agar budaya ini menjadi amalan bangsa kita yang memang telah terkenal sebagai bangsa yang suka membantu negara lain terutama ketika mereka menghadapi pelbagai musibah.

Lee Shi Yong 3A2

2 comments:

  1. Ammar 3a2 sudah siap..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Sistem Pengurusan Kaunseling (SPK) telah mendapat tempat kedua dalam
    pentandingan Aplikasi peringkat negeri Kelantan pada tahun 2004. Program ini
    amat berguna untuk kaunselor menyimpan data maklumat klein atau mengesan
    masalah klein berdasar borang yang disediakan.

    Harga RM 25.00 ( termasuk harga pos)

    Program di telah ditempah dan digunakan oleh beberapa buah sekolah terkenal
    antaranya MRSM Kuala Krai.

    jika berminat sila hubungi Cikgu Nik
    cikgunik@yahoo.com

    ReplyDelete