Friday, January 15, 2010

FENOMENA TELUR BERDIRI


Bolehkah telur berdiri begini? Mungkinkah disebabkan oleh permukaan yang tidak rata membantu telur terus stabil dalam kedudukan itu.
Tetapi bagaimana pula dengan yang ini? Permukaannya rata tetapi telur masih dapat didirikan.
Permukaan ini pula lebih lagi rata dan lebih licin. Semua fenomena ini berlaku ketika gerhana matahari sedang terjadi.

Ada andaian mengatakan bahawa fenomena gerhana matahari yang terjadi hasil daripada kedudukan bulan dan matahari yang sejajar menyebabkan daya graviti kedua-dua bintang ini sangat kuat hingga mampu mewujudkan air pasang besar di laut dan juga fenomena telur berdiri. Mungkin terdapat kajian yang lebih ilmiah tentang hal ini?

Mungkin itu hanya pendapat orang ramai yang hanya berdasarkan pengetahuan sains biasa-biasa. Realitinya telur-telur berkenaan memang boleh dirikan tanpa sebarang sokongan ketika itu. Mungkin pada masa lain tidak boleh , mari kita cuba selepas ini.

Sebahagian ahli khairiah masjid dan orang ramai sedang memerhatikan uji kaji yang sedang dilakukan itu.

Mungkinkah gerhana matahari yang berlaku setiap 15 tahun sekali ini menyebabkan fenomena ini terjadi?
Sedikit maklumat tentang fenomena Gerhana Matahari
Gerhana matahari berlaku apabila cahaya matahari dilindungi oleh bulan daripada jatuh ke atas bumi. Ketika itu sebahagian muka bumi akan dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari ini. Namun segala rahsia kejadian alam ini hanya mampu difahami jika kita mempunyai ilmu dalam memahami kejadian ini.
Kejadian gerhana matahari satu ketika dahulu merupakan satu fenomena yang sangat menakutkan. Keadaan siang hari bertukar gelap secara tiba-tiba sudah tentu akan mencemaskan bagi sesiapa sahaja yang jahil tentang fenomena gerhana matahari ini. Dalam sejarah Cina diceritakan bahawa fenomena gerhana ini dianggap peristiwa yang menakutkan kerana mereka percaya bahawa wujud seekor naga yang mahu menelan matahari.
Masyarakat Barat pula menganggap gerhana berlaku kerana bulan (lambang kejahatan) mengejar matahari ( lambang kedamaian) . Pada zaman jahiliah orang Arab menganggap gerhana berlaku menandakan kematian atau sesuatu kelahiran yang akan berlaku. Begitu juga dalam kalangan orang Melayu dahulu mengaitkan gerhana dengan alamat yang tidak baik. Justeru mereka berbuat bising seperti memukul gendang, memukul periuk dan sebagainya samalah seperti perbuatan orang Cina membuat bising kerana ingin menghalau naga yang menelan matahari. Itu cerita zaman dahulu.
Hari ini kita dianjurkan suapaya merenung akan fenomena ini dengan penuh keinsafan akan kekuasaan Allah, antaranya
Bagaimana bulan boleh menutup permukaan matahari yang 400 kali lebih besar daripadanya berulang-ulang kali dan boleh dikatakan setiap 15 tahun sekali. Adakah ini hanya kebetulan? Tanpa adanya kuasa yang menentukannya
Bagi orang Islam mereka digalakkan supaya melakukan solat sunat gerhana matahari
Solat ini agak berbeza dengan solat sunat yang lain kerana solat sunat gerhana dikehendaki melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat.
Dikatakan bahawa gerhana matahari penuh atau gerhana cincin berlaku disepanjang garisan daripada tengah Afrika melalui India tengah terus ke Cina. garisan gerhana tersebut selebar 300 km. Gerhana yang berlaku pada tahun ini merupakan gerhana yang paling lama iaitu kira-kira 6 minit ( biasanya 2 atau 3 minit sahaja ).

2 comments:

  1. Memang menarik ...tapi yang peliknya kalau dulu gerhana hanya dapat dilihat beberapa tahun sekali , kini kita dapat dilihat beberapa gerhana dalam setahun sahaja .

    ~ Dhesegaan

    ReplyDelete
  2. Gerhana yang berlaku pada akhir tahun lepas itu ialah gerhana bulan bukan gerhana matahari. Cikgu Sidik

    ReplyDelete