Friday, February 12, 2010

MIKO ( TEKNIK MENULIS PENGENALAN KARANGAN )

Teknik MIKO hasil olahan saya dan telah saya gunakan sejak sekian lama hingga sekarang tetapi setiap tahun sering mengalami perubahan demi perubahan bagi memantapkannya. Mungkin pelajar saya terdahulu tidak pernah melihat gambar rajah sebegini. Kini, formula yang saya gunakan ini saya anggap telah mantap ( menurut maklumat bekas pelajar saya ). Walau bagaimanapun teknik ini masih memerlukan penjelasan lanjut daripada saya bagi mendapatkan kesannya secara maksimun. Ayat-ayat yang saya gunakan dalam contoh-contoh di atas merupakan ayat-ayat yang paling asas atau paling mudah kerana gambar rajah tersebut saya gunakan dalam satu program bagi membantu pelajar HALUS ( harap lulus ).
Kepada pelajar dan bekas pelajar saya yang pernah menggunakan teknik ini, sila beri Comment tentang keberkesanannya membantu anda membina pendahuluan karangan. InsyaAllah akan banyak lagi bahan yang akan saya muatkan dari semasa ke semasa. tk

5 comments:

  1. Teknik MIKO sangat mudah kerana teknik ini boleh dikuasai oleh semua golongan pelajar sama ada yang bijak dan yang lemah . MIKO juga boleh diguna pakai untuk apa jua topik karangan fakta .

    ~ Dhesegaan

    ReplyDelete
  2. a very good and great way sir.thank you

    ReplyDelete
  3. Harap dapat keizinan dari tuan untuk saya cuba di kelas

    ReplyDelete
  4. Izinkan saya kongsikan dengan anak murid. Terima kasih.

    ReplyDelete