Friday, March 12, 2010

KEPUTUSAN BM STPM MEMBANGGAKAN

Saya sendiri pun tidak menyangka pelajar-pelajar yang selalu kena leteran saya sepanjang tahun begitu membanggakan saya. Bayangkan 25 % daripada mereka berjaya memperoleh pangkat A. Peningkatan peratus lulus begitu ketara daripada 62.5% pada tahun 2008 telah meningkat kepada 87.5%. Terima kasih kepada pembantu utama saya Pn Harlina yang begitu komited dengan usaha beliau membantu pelajar menguasai kemahiran menjawab kertas 2. Walau bagaimanapun saya masih terkilan kerana dua orang pelajar ( yang memang saya jangka ) mendapat C-. Diharapkan tahun ini keputusan akan lebih cemerlang. Bersedialah dengan terjahan-terjahan (soalan) yang akan anda hadapi tahun ini.

2 comments:

  1. Zulaikha Aini

    Terima Kasih Cikgu. Saya bersyukur dengan keputusan yang diterima dan jutaan terima kasih pastinya kepada pendokong utama kejayaan ini, Cikgu dan Puan Harlina. semoga kejayaan terus mengiringi tahun yang mendatang. amin.

    ReplyDelete