Saturday, June 15, 2013

KARANGAN LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Laporan Sambil Belajar Ke Bangunan Parlimen

Pada 5 Mei 2013 yang lalu, seramai 35 pelajar daripada Persatuan Sejarah  Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Ipoh telah menyertai lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen di ibu negara.  Rombongan ini turut disertai oleh dua orang guru penasihat  iaitu Cikgu Malik dan Cikgu Ani.

      Kami dikehendaki berkumpul di sekolah pada awal pagi iatu kira-kira pukul 5 pagi.  Selepas menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau sekolah, kami disediakan dengan sarapan pagi yang ringkas iaitu nasi lemak dan teh panas.  Kemudian kami berkumpul semula untuk mendengar taklimat oleh Cikgu Malik, sebelum kami menaiki bas yang disewa khas.  Bas mula bergerak dan kami tidak sabar untuk tiba di sana. Kami juga menonton dokumentari tentang bangunan Parlimen yang ditayangkan di dalam bas.  

      Sebaik sahaja kami sampai di pintu utama bangunan Parlimen itu, kami disambut oleh seorang pegawai bertugas.  Kami dibawa melawat di sekitar bangunan tersebut termasuklah taman-taman yang dibina di hadapan bangunan tersebut.  Setelah itu barulah kami dibawa masuk ke dalam bangunan itu. Kami amat bertuah kerana akan dapat menyaksikan perbahasan ahli-ahali Parlimen yang akan berlangsung sebentar lagi.  Kami disediakan tempat duduk di bahagian dewan persidangan.  Kami dapat melihat dengan jelas perjalanan perbahasan tersebut.  Selepas itu, kami melihat ahli-ahli parlimen mengambil tempat duduk mereka masing-masing.

      Perbahasan yang akan berlaku adalah tentang e-pendidikan.  Ada segelintir ahli yang berdiri untuk membangkang cadangan itu dan yang mempertahankannya.  Keadaan menjadi gamat apabila sebahagian ahli mengetuk meja tanda bantahan.  Perbahasan itu telah mengambil masa selama 30 minit.

      Isu e-pendidikan itu telah dibahaskan dengan sungguh rancak.  Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya isu ini kepada masa depan pelajar-pelajar.   Selepas itu, kesemua ahli parlimen meningglkan dewan tersebut. Speaker Parlimen datang ke arah kami dan bersalam dengan kami.  Kami berasa amat gembira kerana dapat berjumpa dengan pegawai itu.

       Kami disediakan makan tengah hari di dewan makan.  Setelah itu kami meninggalkan bangunan Parlimen dan meneruskan lawatan kami ke Kuala Lumpur.   Akhir sekali, kami berharap akan dapat melakukan lawatan ke bangunan bersejarah itu sekali lagi.   Kami sampai ke sekolah pada jam 9 malama pada hari yang sama.  Sekian.

Yang melaporkan,
     
.................................
(MOHD IMRAN TUAH)
Setiausaha Persatuan Sejarah
SMK. St Michael, Ipoh


Tarikh laporan : 12 Mei 2013

Monday, January 7, 2013

KARANGAN UNTUK TINGKATAN 1- MEMBACA

               Amalan membaca telah dikenal pasti sebagai satu amalan yang dapat menambah pengetahuan dan kemahiran kita tentang sesuatu perkara. Justeru ada pepatah mengatakan bahawa ' membaca jambatan ilmu'. Oleh itu , ibu bapa hendaklah melakukan usaha untuk menyuburkan amalan ini sejak kecil lagi . Bak kata peribahasa ' Melentur buluh biarlah dari rebungnya '.

             Ibu bapa hendaklah menjadi teladan atau uswah kepada anak-anak dengan menjadikan kegiatan membaca sebagai amalan ahli keluarga.  Mereka boleh membaca buku, novel, akhbar dan seumpamanya di hadapan anak-anak.  Kesanya , apabila anak-anak sering melihat ibu bapa mereka membaca, sudah pasti mereka akan mengikut langkah tersebut.  Hal ini bertepatan dengan peribahasa 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'.  jadi, ibu bapa mestilah menunjukkan minat membaca terlebih dahulu agar dapat diteladi oleh anak-anak mereka.

        Usaha seterusnya ialah ibu bapa perlu menyediakan pelbagai jenis bacaan yang bermutu di rumah seperti majalah, buku cerita, buku agama dan seumpamanya.  Usaha ini membolehkan anak-anak mendapat bahan bacaan dengan lebih mudah.  Mereka juga tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan bahan bacaan.  Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka bolehlah menyediakan perpustakaan mini di rumah.  Dengan cara ini diharapkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak mampu dipertingkatkan