Wednesday, May 28, 2014

LATIHAN SOALAN PT3

LATIHAN PT3 BAHASA MELAYU BAHAGIAN A 1a, 1b dan 1c
                 
A
Betulkan DUA ejaan bagi kata yang salah dalam ayat-ayat di bawah dan berikan SATU peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat-ayat tersebut

i
Tindakan pengawai-pengawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membenteras kegiatan cetak rompak hanya bersifat sementara, sekadar mematuhi arahan kerajaan 


ii
Pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas di gudang simpanan barangan elektrik di tahan oleh pihak polis kerana bersubhat dalam kes kehilangan barang-barang elektrik yang bernilai RM1 juta


iii
Pihak Amerika Syarikat sering menuduh negara lain tidak megamalkan hak asasi manusia, sedangkan kerajaan negara itu juga sering mezalimi pendatang asing


iv
Pak Ludin yang di buang kerja itu kini hidup lebih menderita apabila isterinya turut diberhentikan daripada menjadi pembantu dirumah orang kaya itu
                      

v
Baju yang dibeli oleh Mardiah sejak lima tahun lalu masih eluk dan boleh di pakai kerana harganya mahal serta dibuat daripada bahan yang berkualiti


B
Betulkan EMPAT imbuhan yang salah penggunaannya dalam ayat –ayat di bawah dan
berikan TIGA  peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat-ayat tersebut.

i
Mereka telah gaduh akibat pembahagian harta pusaka yang tidak adil. Namun , mereka telah baik semula setelah tidak tegur sapa hampir lima tahun lamanya.  Semuanya mahu melupakan segala selisihan faham yang lalu dan membina hidup baharu.  Mereka sedar bahawa semua manusia akan melakukan kesalahan dan kesilapan dalam kehidupan



ii
Setelah simpan  wang bertahun-tahun lamanya, Encik Raju telah berjaya beli sebuah rumah yang selesa.  Beliau sentiasa mengingatkan anak-anak beliau  supaya sedar bahawa jika melakukan sesuatu secara beransur-ansur, manusia akan capai matlamat yang dihajat,  manusia juga tidak harus berhenti berusaha kerana selagi manusia mahu berusaha, kejayaan pasti akan dicapai juga



iii
Hasmawi pandai suaikan dirinya dengan masyarakat tempat kerja barunya.  Peribadinya terserlah kerana dia sangat sopan santun apabila bercakap dengan pekerja-pekerjanya.  Walaupun dia berpangkat besar di tempat tersebut, dia tetap berpendapat wibawaannya tidak akan jejas walaupun dia mengamalkan sikap merendah diri

  

iv
Tindakan pemuda itu  beri hadiah kepada Pak Hamid bertujuan untuk  ikat Julia, anak gadis Pak Hamid.  Namun demikian, Pak Hamid sentiasa  waspada dengan tindakan itu kerana dia tidak mahu sesuatu yang  buruk berlaku kepada anak gadis kesayangannya ,  Pak Hamid tidak mudah percaya kepada pemuda yang kelihatan baik itu kerana kadang-kadang wajah yang baik tidak  cermin perangai seseorang

                                                                                                                             cdek100514                     

9 comments:

  1. Terima kasih atas maklumat yang amat berguna.

    ReplyDelete
  2. nurfazilawati bte zainuddinSeptember 3, 2014 at 10:49 PM

    Macam mane tu....

    ReplyDelete
  3. kenapa tak boleh nampak penuh bang

    ReplyDelete
  4. okey la , boley la ayat tu .....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Selamat sejahtera cikgu.Nama saya Sathya.Saya seorang pelajar pt3.Bolehkah cikgu menyemak dan menanda karangan yang saya tulis?

    ReplyDelete