Friday, January 15, 2010

FENOMENA TELUR BERDIRI


Bolehkah telur berdiri begini? Mungkinkah disebabkan oleh permukaan yang tidak rata membantu telur terus stabil dalam kedudukan itu.
Tetapi bagaimana pula dengan yang ini? Permukaannya rata tetapi telur masih dapat didirikan.
Permukaan ini pula lebih lagi rata dan lebih licin. Semua fenomena ini berlaku ketika gerhana matahari sedang terjadi.

Ada andaian mengatakan bahawa fenomena gerhana matahari yang terjadi hasil daripada kedudukan bulan dan matahari yang sejajar menyebabkan daya graviti kedua-dua bintang ini sangat kuat hingga mampu mewujudkan air pasang besar di laut dan juga fenomena telur berdiri. Mungkin terdapat kajian yang lebih ilmiah tentang hal ini?

Mungkin itu hanya pendapat orang ramai yang hanya berdasarkan pengetahuan sains biasa-biasa. Realitinya telur-telur berkenaan memang boleh dirikan tanpa sebarang sokongan ketika itu. Mungkin pada masa lain tidak boleh , mari kita cuba selepas ini.

Sebahagian ahli khairiah masjid dan orang ramai sedang memerhatikan uji kaji yang sedang dilakukan itu.

Mungkinkah gerhana matahari yang berlaku setiap 15 tahun sekali ini menyebabkan fenomena ini terjadi?
Sedikit maklumat tentang fenomena Gerhana Matahari
Gerhana matahari berlaku apabila cahaya matahari dilindungi oleh bulan daripada jatuh ke atas bumi. Ketika itu sebahagian muka bumi akan dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari ini. Namun segala rahsia kejadian alam ini hanya mampu difahami jika kita mempunyai ilmu dalam memahami kejadian ini.
Kejadian gerhana matahari satu ketika dahulu merupakan satu fenomena yang sangat menakutkan. Keadaan siang hari bertukar gelap secara tiba-tiba sudah tentu akan mencemaskan bagi sesiapa sahaja yang jahil tentang fenomena gerhana matahari ini. Dalam sejarah Cina diceritakan bahawa fenomena gerhana ini dianggap peristiwa yang menakutkan kerana mereka percaya bahawa wujud seekor naga yang mahu menelan matahari.
Masyarakat Barat pula menganggap gerhana berlaku kerana bulan (lambang kejahatan) mengejar matahari ( lambang kedamaian) . Pada zaman jahiliah orang Arab menganggap gerhana berlaku menandakan kematian atau sesuatu kelahiran yang akan berlaku. Begitu juga dalam kalangan orang Melayu dahulu mengaitkan gerhana dengan alamat yang tidak baik. Justeru mereka berbuat bising seperti memukul gendang, memukul periuk dan sebagainya samalah seperti perbuatan orang Cina membuat bising kerana ingin menghalau naga yang menelan matahari. Itu cerita zaman dahulu.
Hari ini kita dianjurkan suapaya merenung akan fenomena ini dengan penuh keinsafan akan kekuasaan Allah, antaranya
Bagaimana bulan boleh menutup permukaan matahari yang 400 kali lebih besar daripadanya berulang-ulang kali dan boleh dikatakan setiap 15 tahun sekali. Adakah ini hanya kebetulan? Tanpa adanya kuasa yang menentukannya
Bagi orang Islam mereka digalakkan supaya melakukan solat sunat gerhana matahari
Solat ini agak berbeza dengan solat sunat yang lain kerana solat sunat gerhana dikehendaki melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat.
Dikatakan bahawa gerhana matahari penuh atau gerhana cincin berlaku disepanjang garisan daripada tengah Afrika melalui India tengah terus ke Cina. garisan gerhana tersebut selebar 300 km. Gerhana yang berlaku pada tahun ini merupakan gerhana yang paling lama iaitu kira-kira 6 minit ( biasanya 2 atau 3 minit sahaja ).

FENOMENA GERHANA MATAHARI

Satu fenomena alam yang yang dikenali sebagai gerhana matahari separa telah berlaku di tempat kita petang tadi. Kesempatan melihat fenomena ini telah menarik orang ramai ke perkarangan Masjid Al-Mutaqqim, Taman Meru, Ipoh. Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama pihak masjid telah mengatur beberapa aktiviti menarik seperti ceramah, tayangan LCD, mencerap dan mengadakan solat sunat gerhana. Kelihatan ramai generasi muda turut serta melakukan cerapan.

Salah satu alat mudah alih yang digunakan untuk mencerap gerhana. Alat solarscope ini sangat ringkas selamat digunakan. Imej gerhana jelas dapat dilihat pada dinding kotak tersebut.


Ini ialah imej yang dapat dipaparkan dengan menggunakan solarscope tersebut. Alat ini diimport dari Perancis.

. Kelihatan kanak-kanak, wanita dan remaja sedang leka dengan alat-alat cerapan yang disediakan hingga lupa akan kehangatan cahaya matahari yang sedang terik memancar

Kelihatan kanak-kanak kecil ini pun ingin turut serata. Minat ini kalau dipupuk sudah akan tentu menghasilkan generasi yang celik sains lebih-lebih lagi dalam bidang astronomi

Lihatlah begitu terujanya mereka dengan pendedahan dan peluang yang diberikan, Terima kasih kepada pihak penganjur. Semoga acara-acara ilmu begitu dapat diadakan secara berterusan

Thursday, December 24, 2009

TAHNIAH PELAJAR PMR 2009

tahun ini keputusan PMR SMI memperlihatkan peningkatan yang membanggakan. Tahniah kepada para pelajar. Pelajar yang memperoleh A bagi semua subjek telah meningkat daripada 42 orang kepada 52 orang.
Bagi mp Bahasa Melayu, peratus kelulusan juga meningkat daripada 95.2% pada tahun lepas kepada 97.3% pada tahun ini (2009). Syabas, kepada para pelajar 3A2 yang merupakan kelas paling cemerlang dalam bahasa Melayu iaitu 14 orang telah mendapat gred A. Saya juga turut berasa bangga kerana mempunyai guru-guru yang cemerlang khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu. Terima kasih kepada Pn. Harlina, Pn Aspalela, Pn. Agila dan Sdr. Shahruzaman kerana usaha-usaha kalian.

Monday, November 16, 2009

KARANGAN 15 - BM SPM - LANGKAH MENANGANI MASALAH REMAJA

Pendahuluan ( contoh - masih boleh dibaiki )
Walaupun kita kini sedang mengatur langkah dengan penuh yakin ke arah menjadi negara maju menjelang 2020 namun langkah-langkah ini seolah-olah masih terhalang oleh beberapa rintangan yang bukan sedikit telah memerah tenaga dan keringat kita bagi menanganinya. Antaranya ialah pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh generasi pelapis kita. Justeru pelbagai agensi dikerah untuk menanganinya namun usaha-usaha ini bagaikan mencurah garam ke laut tidak memperlihatkan kesan sebagaimana yang diharapkan. Dimana silapnya? Adakah usaha kita itu masih lagi belum memadai? Bagaimana dengan peranan ibu bapa dalam mengawal situasi ini?

Isi 1
Peranan ibu bapa - mengawal pergerakan anak2 - memberi didikan agama secukupnya - mengenal pasti rakan anak2 - sering bersama-sama anak - melayan anak2 mengikut tahap umur - mewujudkan hubungan kekeluargaan yang intim dan bahagia

Isi 2
Peranan rakan sebaya - menjadi rakan sebaya yang berkualiti - menyertai kegiatan berfaedah - mengisi masa lapang secara bermanfaat - menjadi penasihat rakan bermasalah

Isi 3
Peranan Sekolah - penerapan nilai murni melalui kurikulum - mata pelajaran agama , moral, sivik, kenegaraan - penerapan melalui kegiatan kokurikulum - kepimpinan, kerjasama, tolak ansur - kawalan disiplin - peraturan sampingan yang dapat membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang

Isi 4
Peranan Media - mengurangkan pendedahan unsur-unsur negatif seperti ganas, hiburan melampau dan unsur lucah - kempen akhlak - peraduan menjadi individu yang cemerlang - pendedahan model / individu cemerlang

Isi 5
Peranan Pihak berkuasa - pihak berkuasa mempunyai kuasa (undang2) - mengubal undang2 bagi membanteras masalah sosial remaja - menangkap dan memulihkan - libatkan ibu bapa atau penjaga - Pihak berkuasa mempunyai sumber kewangan yang tidak terhad - merangka program untuk mewujudkan belia cemerlang seperti PLKN - bantuan kepada NGO belia - pertubuhan sukarela menggunakan tenaga belia untuk kerja-kerja kebajikan di dalam dan di luar negara

Penutup
Penanda wacana - Ulang isi besar -ramalan - seruan - harapan

( Idea di atas hanya secara umum perlu disokong oleh huraian dan contoh-contoh - jika anda perlu penjelasan boleh hubungi saya melalui email saya : cdek370@gmail .com

Friday, November 13, 2009

KARANGAN 14 - BM SPM - PUNCA-PUNCA REMAJA TERLIBAT DENGAN MASALAH SOSIAL

PENDAHULUAN
Miko + Bukti + Agensi + Peribahasa + Soalan
ISI 1
Diri sendiri
Jahil - Tidak ada matlamat hidup - kurang pengetahuan agama/moral
ISI 2
Masalah keluarga - keluarga bercerai - keluarga sibuk - keluarga miskinISI 3
Pengarauh Rakan Sebaya - pengaruh kuat kerana sebaya - lebih mempercayai - dianggap lebih memahamiISI 4
Pengaruh Media Massa - hiburan melampau - unsur ganas - unsur lucahISI 5
Kepincangan Masyarakat - masyarakat individulistik - masyarakat materialistikPENUTUP
Penanda wacana + ramalan+ seruan + harapan( Jika anda perlukan huraian isi lebih lanjut boleh masukkan pertanyaan anda dalam comment di bawah, InsyaAllah akan saya jawab )

KARANGAN 13 - SPM - USAHA MENGATASI PENYAKIT BERJANGKIT

Rangka Isi
Pendahuluan
Miko + Bukti + Agensi ( Kem.Kesihatan ) + Peribahasa ( Mencegah lebih baik daripada merawat ) + soalan
Isi 1
Pengesanan awal - di semua pintu masuk negara - guna alat pengesan haba 'thermoscan'- pelancong dari negara berisiko.
Isi 2
Kuarantin - mengasingkan individu yg dijangkiti - menyediakan wad khas di hospital kerajaan dan swasta - tutup sekolah, IPT
Isi 3
Menyediakan Vaksin - memberikan vaksin kpd individu berisiko tinggi - pekerja di lapangan terbang dan kakitangan hospital - menyediakan bekalan vaksin yang mencukupi - contoh vaksin tamilflu
Isi 4
Kempen kesedaran kebersihan - melalui media - sasaran semu golongan masyarakat terutama kanak-kanak, orang yang mengidap penyakit serius, oarang yg obesiti - cara memakai topeng keselamatan, cara mencuci tangan yang betul
Isi 5Pendidikan kesihatan - kebersihan diri dan persekitaran - untuk jangka masa panjang - di sekolah - tadika - masukkan dalam kurikulum sekolah.
Penutup
Penanda wacana + ramalan + seruan + Harapan

Monday, November 9, 2009

Analisis Soalan Percubaan BM SPM Negeri-Negeri 2009

Berdasarkan Kertas 1 Bhg B Soalan Percubaan Negeri Perak, Kedah, Melaka, SBP, MRSM, Johor, Trengganu dan Pahang dirumuskan bahawa :
Terdapat :
6 tajuk tentang masalah remaja, 2 tajuk tentang kesan program realiti TV , 2 tajuk tentang bencana alam, dan 3 tajuk tentang kesihatan.

Semua negeri mengemukakan tajuk bentuk fakta/pendapatdan unsur sastera, hanya 2 negeri sahaja yang mengemukakan tajuk berformat surat kiriman tidak rasmi dan 2 buah negeri mengemukakan tajuk berformat ceramah.

Manakala Kertas 2 pula, khususnya Komsas :
Drama Kerusi ( 4 negeri - Perak, Johor, Pinang, Pahang)
Drama Jangan Bunuh Rama-rama ( 2 negeri - Kedah, Melaka)

Cerita Bayan tiadak menurut kata ibu bapanya
(3 negeri - Trengganu, Johor, Melaka)
Pertarungan Tuah dengan Jebat ( 3 Negeri - Kedah, MRSM, Pahang )

Sajak Jalan-jalan raya kotaku ( 5 negeri - Pinang, Johor, Melaka, Kedah, Perak )
Syair kelebihan ilmu ( 2 negeri - MRSM, Trengganu )

Soalan Novel :
Nilai Kebijaksanaan, keberanian ( 6 negeri )
Soalan tentang watak (3 negeri)

Selamat membuat persediaan