Wednesday, October 20, 2010

ANALISIS BM KARANGAN BHG B TRIAL NEGERI-NEGERI 2010

Kecenderungan membuat ramalan tajuk-tajuk yang keluar dalam SPM mempunyai risiko yang harus ditanggung tetapi memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk popular berdasarkan analisis soalan trial negeri banyak membantu. Sedapat mungkin tulis karangan bagi tajuk-tajuk yang paling kerap ditanya yang disenaraikan di bawah.
Berdasarkan 15 set soalan percubaan negeri dan institusi terkemuka di atas, didapati terdapat beberapa tajuk esei yang kerap dikemukakan, antaranya ;
1. Masalah disiplin / jenayah ( 8 kali )
2. 1 Malaysia / perpaduan ( 6 kali )
3. gaya hidup sihat ( 4 kali )
4. Minat membaca ( 4 kali )
5. Teknologi Maklumat ( 4 kali )
6. Penyakit berbahaya ( 3 kali )
7. Pengangkutan Awam ( 3 kali )
8. Penderaan kanak-kanak ( 3 kali )
9. Hubungan serantau ( 3 kali )

Wednesday, October 13, 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA SMK ST. MICHAEL, IPOH

Sebagai kesinambungan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan oleh YAB Menteri Pelajaran di Stadium Indera Mulia , Ipoh pada 5 Oktober lalu. SMK St. Michael, Ipoh telah melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah. Sebenarnya minggu bahasa telahpun dilancarkan pada bulan Julai yang lalu dengan pelbagai program seperti pertandingan pidato, perbahasan, deklamasi sajak, dan penulisan esei.

Monday, October 4, 2010

BERSAMA TOKOH BAHASA MELAYU TERBILANG

Kesempatan mengikuti bicara beberapa tokoh bahasa dan akademik seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, Datuk Dr hassan Ahmad, Dr Mohd Ridzuan Tee Abdullah dan Dr. Sivamurugam pada 30 September 2010 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak darul Ridzuan, Ipoh, kadang-kadang membuatkan saya termenung memikirkan nasib bahasa sendiri di bumi tercinta ini. Sebagai guru bahasa yang telah mengajarkan bahasa lebih 30 tahun hanya dapat mengharapkan usaha ditabur disulam dengan keikhlasan sedapat mungkin agar ilmu yang diajar mendapat berkat daripada-Nya.

Saturday, September 4, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Friday, June 4, 2010

PERADUAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU JUN2010


KERJA MASA CUTI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3A2 SMK ST MICHAEL, IPOH

Cuti bukan bermakna kita berehat daripada belajar. Banyak pelajar menggunakan masa cuti ini untuk mendapatkan bimbingan guru yang dianggap pakar dalam sesuatu subjek. Ibu bapa sanggup mengeluarkan belaja yang besar untuk ini. Sementara itu, sudah menjadi kebiasaan setiap kali cuti sekolah, pihak sekolah akan membekalkan para pelajarnya dengan pelbagai kerja rumah. Mahu tidak mahu para pelajar harus mengakui hakikat ini. Peperiksaan awam tinggal beberapa bulan lagi. Masa yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Tulis karagan lengkap berdasarkan rangka karangan yang disediakan di bawah :
TAJUK : CARA-CARA MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT
Pengenalan : MIKO, Masyarakat semakin sedar akan kepentingan menjaga kesihatan diri, 'Mencegah lebih baik daripada merawat'. Justeru, Kementerian Kesihatan melancarkan pelbagai program bagi menggalakkan masyarakat mengutamakan kesihatan. Apakah cara-cara memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan orang ramai?
Isi 1 : Peranan keluarga-ibu bapa memastikan anak-anak mengambil makanan seimbang- mengajak keluarga bersenam-tidak membenarkan amalan merokok dalam keluarga
Isi 2 : Peranan Sekolah - memastikan pelajar terlibat dalam aktiviti sukan-memastikan pengusaha kantin menjual makanan berkhasiat-pendidikan kesihatan diajar dalam bilik darjah
Isi 3 : Peranan kerajaan - kerajaan mempunyai kuasa dan kewangan yang tidak terhad- membina lebih banyak pusat rekreasi-menaikkan harga rokok-menyekat penjualan makanan yang tidak berkhasiat-melancarkan kempen hidup sihat.
Penutup : Kesimpulannya, ramalan-ulang isi besar-seruan+harapan.
SELAMAT MENULIS

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


satu perkara yang begitu lazim bagi saya; apabila setiap tahun, tibanya sambutan hari guru di peringkat sekolah ialah saya akan diminta membacakan Perutusan daripada Menteri Pelajaran atau Ketua Pengarah Pelajaran. Hingga kini saya sudah 10 tahun membacakan perutusan-perutusan tersebut. Tanpa saya sedari perutusan-perutusan tersebut banyak membantu saya memahami perkara-perkara dasar dalam sistem pendidikan kita yang silih berganti menterinya dan wawasanya. Pengetahuan yang ada pada saya itu dapat pula saya kongsikan dengan rakan-rakan guru yang lain terutama apabila mereka ingin menyiapkan kerja kursus berkaitan perjawatan mereka. Saya bersyukur Allah SWT masih memberikan kekuatan mental dan fizikal untuk saya terus membantu guru dan para pelajar di bawah bimbingan saya.
Terima kasih daun keladi kepada para pelajar, bekas pelajar, individu yang sudi menyampaikan penghargaan sama ada berupa buah tangan atau menghantar mesej sempena hari guru sejak semalam lagi. SELAMAT HARI GURU
ikhlas dari saya.