Tuesday, February 2, 2010

LELUCON - SEKADAR HIBURAN

Semasa saya merayau-rayau dalam internet mencari Peraturan Penggunaan Tandas bagi peraturan tandas baru sekolah saya terjumpa lelucon ini. Saya tergelak sendiri, tahniah kpd Kay ( saya lupa blog beliau ) kerana kreativiti humornya yang tinggi.
PERATURAN TAMBAHAN SYARIKAT X BAGI TAHUN 2010
Perhatian kepada semua staff.
Berkuat kuasa pada tahun 2010, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kereta nasional sama ada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di tahap yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH: 1)
Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka
perlu makan lebih untuk kesihatan.2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Hal ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbukadan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah kolum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.
( MR X )
Pengurus Besar
Label: kelakar

Friday, January 29, 2010

KERJA RUMAH UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3 SMI BAGI MINGGU KE-4, 2010

Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta perkara yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1 Malaysia

Arahan : Sila tulis dalam buku karangan (panjang) anda dan hantar pada guru anda minggu hadapan 1 April 2010.
Karangan ini dianggap Karangan ke-3 Minggu 4 JAN 2010. Terima kasih

Contoh format surat

Ali bin Abu,
SMK St. Michael,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
28 JANUARI 2010

Ke hadapan YAB Perdana Menteri yang dihormati lagi disayangi

Yang Amat Berhormat,

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya berasa sangat bertuah kerana ...... (contoh)
teruskan dengan pendapat sebagaimana yang dikehendaki oleh tajuk.

isi 1
isi 2
isi 3

penutup

Saya yang benar,
( ALI BIN ABU )

Thursday, January 28, 2010

SMI MENJADI LOKASI PENGEMBARAAN FILEM

Pada awal minggu ini, sekali lagi SMI menjadi lokasi pengembaraan filem terbaharu pengarah muda berpotensi Bernard Chauly. Kesempatan melihat kerja-kerja pengambaraan bukan senang diperoleh. Kesempatan ini digunakan oleh sebahagian warga SMI mengintai 'cara-cara orang wayang bikin filem'. di bawah sebahagian foto yang dapat saya rakamkan.
Rupa-rupanya bukan senang nak berlakon, kesempatan yang ada digunakan untuk merehatkan badan yang keletihan.

Sunday, January 24, 2010

CARA UNTUK MENGHAFAL KATA MAJMUK MANTAP

Banyak cara kita boleh menghafal sesuatu fakta atau perkara, antaranya dengan mengubahnya dalam bentuk cerita yang senang diingat. Contohnya untuk menghafal kata majmuk mantap agak sukar tetapi kita boleh meminta para pelajar mengulangnya beberapa kali supaya mereka dapat mengingati cerita berkaitan bukan menghafalnya satu persatu. Apabila dikemukakan kata majmuk terpisah ( sebagai contoh kata atur cara ) mereka akan merujuk kepada cerita di atas sama ada terdapat hal yang berkaitan dengan atur cara atau tidak. daripada situ mereka akan dapat menentukan sesuatu kata majmuk itu dieja terpisah atau bercantum. Selamat mencuba.

Thursday, January 21, 2010

PELANTIKAN TANGAN KANAN DAN TANGAN KIRI GURU SMI

Menjadi tradisi mana-mana sekolah di negara kita akan melakukan upacara pelantikan pegawas biasanya pada awal tahun. Di SMI pelantikan ini bukan sahaja melibatkan pengawas sekolah tetapi juga pengawas perpustakaan ( pustakawan) dan Ketua kelas. Upacara pelantikan ini telah berlangsung dengan rasminya pada 18 Januari 2010 (Isnin) mulai 7.30 pagi.
Sebahagian daripada guru sidang pagi sedang mengikuti upacara pelantikan tersebut.
Ketua pengawas perpustakaan melafazkan ikrar tanggungjawab di hadapan para pelajar yang memrhati dengan penuh minat. Tahniah dan syabas kepada para pengawas. Teruskan usaha murni anda
Upacara ini dirasmikan oleh Yang DiPertua, Persatuan Ibu bapa dan guru SMI. Yang berbahagia, Encik Joseph Michael Lee.
Sebahgian anggota pancaragam sekolah sedang mengiringi pelajar menyanyikan lagu negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu sekolah

Friday, January 15, 2010

FENOMENA TELUR BERDIRI


Bolehkah telur berdiri begini? Mungkinkah disebabkan oleh permukaan yang tidak rata membantu telur terus stabil dalam kedudukan itu.
Tetapi bagaimana pula dengan yang ini? Permukaannya rata tetapi telur masih dapat didirikan.
Permukaan ini pula lebih lagi rata dan lebih licin. Semua fenomena ini berlaku ketika gerhana matahari sedang terjadi.

Ada andaian mengatakan bahawa fenomena gerhana matahari yang terjadi hasil daripada kedudukan bulan dan matahari yang sejajar menyebabkan daya graviti kedua-dua bintang ini sangat kuat hingga mampu mewujudkan air pasang besar di laut dan juga fenomena telur berdiri. Mungkin terdapat kajian yang lebih ilmiah tentang hal ini?

Mungkin itu hanya pendapat orang ramai yang hanya berdasarkan pengetahuan sains biasa-biasa. Realitinya telur-telur berkenaan memang boleh dirikan tanpa sebarang sokongan ketika itu. Mungkin pada masa lain tidak boleh , mari kita cuba selepas ini.

Sebahagian ahli khairiah masjid dan orang ramai sedang memerhatikan uji kaji yang sedang dilakukan itu.

Mungkinkah gerhana matahari yang berlaku setiap 15 tahun sekali ini menyebabkan fenomena ini terjadi?
Sedikit maklumat tentang fenomena Gerhana Matahari
Gerhana matahari berlaku apabila cahaya matahari dilindungi oleh bulan daripada jatuh ke atas bumi. Ketika itu sebahagian muka bumi akan dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari ini. Namun segala rahsia kejadian alam ini hanya mampu difahami jika kita mempunyai ilmu dalam memahami kejadian ini.
Kejadian gerhana matahari satu ketika dahulu merupakan satu fenomena yang sangat menakutkan. Keadaan siang hari bertukar gelap secara tiba-tiba sudah tentu akan mencemaskan bagi sesiapa sahaja yang jahil tentang fenomena gerhana matahari ini. Dalam sejarah Cina diceritakan bahawa fenomena gerhana ini dianggap peristiwa yang menakutkan kerana mereka percaya bahawa wujud seekor naga yang mahu menelan matahari.
Masyarakat Barat pula menganggap gerhana berlaku kerana bulan (lambang kejahatan) mengejar matahari ( lambang kedamaian) . Pada zaman jahiliah orang Arab menganggap gerhana berlaku menandakan kematian atau sesuatu kelahiran yang akan berlaku. Begitu juga dalam kalangan orang Melayu dahulu mengaitkan gerhana dengan alamat yang tidak baik. Justeru mereka berbuat bising seperti memukul gendang, memukul periuk dan sebagainya samalah seperti perbuatan orang Cina membuat bising kerana ingin menghalau naga yang menelan matahari. Itu cerita zaman dahulu.
Hari ini kita dianjurkan suapaya merenung akan fenomena ini dengan penuh keinsafan akan kekuasaan Allah, antaranya
Bagaimana bulan boleh menutup permukaan matahari yang 400 kali lebih besar daripadanya berulang-ulang kali dan boleh dikatakan setiap 15 tahun sekali. Adakah ini hanya kebetulan? Tanpa adanya kuasa yang menentukannya
Bagi orang Islam mereka digalakkan supaya melakukan solat sunat gerhana matahari
Solat ini agak berbeza dengan solat sunat yang lain kerana solat sunat gerhana dikehendaki melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat.
Dikatakan bahawa gerhana matahari penuh atau gerhana cincin berlaku disepanjang garisan daripada tengah Afrika melalui India tengah terus ke Cina. garisan gerhana tersebut selebar 300 km. Gerhana yang berlaku pada tahun ini merupakan gerhana yang paling lama iaitu kira-kira 6 minit ( biasanya 2 atau 3 minit sahaja ).

FENOMENA GERHANA MATAHARI

Satu fenomena alam yang yang dikenali sebagai gerhana matahari separa telah berlaku di tempat kita petang tadi. Kesempatan melihat fenomena ini telah menarik orang ramai ke perkarangan Masjid Al-Mutaqqim, Taman Meru, Ipoh. Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama pihak masjid telah mengatur beberapa aktiviti menarik seperti ceramah, tayangan LCD, mencerap dan mengadakan solat sunat gerhana. Kelihatan ramai generasi muda turut serta melakukan cerapan.

Salah satu alat mudah alih yang digunakan untuk mencerap gerhana. Alat solarscope ini sangat ringkas selamat digunakan. Imej gerhana jelas dapat dilihat pada dinding kotak tersebut.


Ini ialah imej yang dapat dipaparkan dengan menggunakan solarscope tersebut. Alat ini diimport dari Perancis.

. Kelihatan kanak-kanak, wanita dan remaja sedang leka dengan alat-alat cerapan yang disediakan hingga lupa akan kehangatan cahaya matahari yang sedang terik memancar

Kelihatan kanak-kanak kecil ini pun ingin turut serata. Minat ini kalau dipupuk sudah akan tentu menghasilkan generasi yang celik sains lebih-lebih lagi dalam bidang astronomi

Lihatlah begitu terujanya mereka dengan pendedahan dan peluang yang diberikan, Terima kasih kepada pihak penganjur. Semoga acara-acara ilmu begitu dapat diadakan secara berterusan