Friday, April 16, 2010

Pameran Buku - Popular Book Store di SMI 13 - 15 April 2010

Bagi menyokong usaha sekolah meningkatkan minat membaca dalam kalangan warganya ( guru dan Murid ) Pusat Sumber Mariam SMK St. Michael dengan kerjasama Popular Book Store telah mengadakan pameran buku pelbagai genre.
Diharapkan pameran buku ini dapat menjadi wadah para guru memilih bahan bacaan bagi memenuhi tuntutan LADAP yang menghendaki guru membaca 7 buah buku akademik setahun. Setiap guru dan murid bebas mencadangkan buku yang patut dibeli oleh pusat sumber dan pembelian tersebut akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.

Antara guru yang begitu berminat dengan buku yang dipamerkan

Aktiviti ini juga sebagai usaha untuk menggalakkan pelajar membaca seperti yang dikehendaki dalam projek NILAM

Tuesday, April 13, 2010

Sukan Tahunan Ke - 83 SMI 2010

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya letakkan foto ini di awal-awal. Satu hal yang menyentuh hati saya tentang 3 wira ini ialah semangat Michaelian yang begitu tinggi ditunjukkan oleh mereka. Walaupun kebanyakan rakan-rakan lain tidak menyertai mereka tetapi demi maruah kelas, guru dan sekolah mereka sanggup mengarak panji-panji kelas mereka dan berdepan dengan pandangan ribuan mata yang menghakimi pendirian mereka. Syabas!! 'You are true Michaelians'

Pemenang pertama bagi tingkatan 5. Mungkin kerana topi kot!!!


Pembacaan ikrar kejohanan sukan oleh Mohamad Syafiq UA1 ( atlit pencen)

Lihatlah ketahan mereka berjemur panas!!! menakjubkan

Antara kelas yang dijangka menang. Persediaan sebelum turun ke padang


Pemenang pertama bagi tingkatan 6. Beberapa minit sebelum persembahan sebenar

Bergaya di belakang hakim sebab tu tak menang

3 sekawan mengetuai pembarisan kelas



Sebenarnya cikgu ni bekas Michaelian sebab tu gian nak berbaris. Nantilah tahun depan kita wujudkan kategori Guru. Sabar ya!!

Ada apa-apa hubungan dengan Negara Siam Ke? atau salah tempat untuk demo?

Friday, March 12, 2010

KEPUTUSAN BM STPM MEMBANGGAKAN

Saya sendiri pun tidak menyangka pelajar-pelajar yang selalu kena leteran saya sepanjang tahun begitu membanggakan saya. Bayangkan 25 % daripada mereka berjaya memperoleh pangkat A. Peningkatan peratus lulus begitu ketara daripada 62.5% pada tahun 2008 telah meningkat kepada 87.5%. Terima kasih kepada pembantu utama saya Pn Harlina yang begitu komited dengan usaha beliau membantu pelajar menguasai kemahiran menjawab kertas 2. Walau bagaimanapun saya masih terkilan kerana dua orang pelajar ( yang memang saya jangka ) mendapat C-. Diharapkan tahun ini keputusan akan lebih cemerlang. Bersedialah dengan terjahan-terjahan (soalan) yang akan anda hadapi tahun ini.
Majalah sekolah "The Michaelian" edisi 2009 baru saja dilancarkan semalam. Edisi ini merupakan edisi kedua yang saya terlibat secara langsung sebagai penyelaras. Kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada tenaga kerja daripada kalangan guru dan pelajar ( terlalu ramai untuk disebut satu persatu ) yang telah bertungkus lumus menyiapkannya sebelum keputusan SPM diumumkan semalam. Alhamdulillah majalah ini dapat disiapkan beberapa jam sebelum pelajar Tingkatan 5 2009 mengambil keputusan mereka. Saya sangat terhutang budi kepada beberapa individu yang memberi komitmen yang begitu tinggi bagi memastikan kelancaran penerbitan The Michaelian kali ini. Antaranya Mr. Ravichandran, Mr Peter Khiew, Joanna Ooi, Haji azhar, Mr Timothy Chee, Nicholas Ling, Bro Matthew dan beberapa nama lagi.

Tahniah Dhesegaan

Sebuah karangan oleh seorang pelajar saya yang pernah menyumbangkan karangan beliau dalam blog ini ( Wesnesday, Jun 17, 2009 ) iaitu Dhesegaan a/l Bala Krishnan telah disiarkan dalam Majalah Dewan Siswa keluaran bulan Mac 2010. Karangan tersebut "Kepentingan Menderma" merupakan karangan asli beliau semasa beliau menjawab soalan kertas 2 Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. Tahniah, teruskan usaha penulisan anda. Semoga usaha anda ini menjadi ikutan Michaelian yang lain.

Saturday, February 20, 2010

Selamat Tahun Baru ( Harimau )


Friday, February 12, 2010

PRINSIP PENGGUNAAN IMBUHAN MeN...kan/i

Setiap kali saya menerangkan penggunaan imbuhan MeN... kan/i kepada pasti saya akan menghadapi masalah apabila penerangan saya berdasarkan Buku Tatabahasa Dewan. Justeru saya telah mengubahsuai penerangan saya kepada kaedah hafalan ( mengikut cara saya ) seperti dalam carta di bawah.