Tajuk Buku : Wira Muda dari Ambarawa
Sekelompok anak muda belasan tahun bersatu dalam pasukan yang mereka namakan Pasukan Berani Mati. Pasukan 15 orang yang diketuai oleh Affendi mengharungi segala marabahaya menggadai jiwa dan raga untuk mempertahankan Negara daripada penjajah Belanda yang ingin bertapak semula di bumi Nusantara selepas tahun 1945. Afendi dan kawan-kawannya berjuang dengan cara tersendiri, iaitu dengan cara melemahkan sistem logistik Belanda dan pasukan gerila yang menzalimi penduduk desa.
Dalam satu peristiwa beberapa anggota pasukan tercedera dan dirawat oleh Ibu Singgih yang hidup melarat. Bagi Afendi dan kawan-kawannya , Ibu Singgih walaupun hidup miskin , adalah insan yang mempunyai nilai manusiawi yang tinggi. Afendi membalas jasa Ibu Singgih dengan membekalkan makanan dan pakaian. Pertemuan dengan Pak Hadi, komandan sektor pertempuran, menggubah segala bentuk perjuangan menjadi lebih agresif. Di kota Ambarawa pula menyaksikan perjuangan berdarah sehingga seorang anggota pasukan petugas mengitip kedudukan musuh terkorban.
Demikiannlah Riyono Praktikto, pengarang veteran dari seberang, terilham dengan latar perjuangan bangsanya, cuba menerokai liku-liku peristiwa berdarah itu melalui watak-watak muda seperti Afendi dan kawan-kawan. Bagi Riyono, mereka merupakan wira yang menjadi tunggak kekuatan kepada satu rumpun bangsa di alam Nusantara.
Pengarang : Riyono Praktikto
Tebal halaman 197 muka surat
Penerbit : Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Tahun terbit 1992 ISBN 967 65 2531 6
Bebenah – atur, kemas
Bocah – anak kecil
Bergidik – geli
Gapura – pintu gerbang
cikgu devananthan dah salin...
ReplyDeletebest profile cikgu.....
cikgu saya dah salin
ReplyDeletefrom devananthan 3a2...
Cikgu saya sudah membaca ringkasan sinopsis yang telah cikgu berikan.Saya sudah memasukkan sinopsis ini di dalam buku nilam saya.Saya berharap cikgu akan memasukkan banyak cerita yang lebih menarik lagi.
ReplyDeleteDaripada:Muhammad ShahrulReza Bin Roslan
Kelas:3A7
RUMUSAN YANG HEBAT CIKGU SIDI.CIKGU ADALAH PERMATA BAGI SAYA KERANA MENOLONG SAYA DAN KAWAN-KAWAN DENGAN MEMBERI KARANGAN YANG HEBAT DAN MENARIK PERHATIAN.KAMAL RAJ & KIRTHISHAN.(3A7)
ReplyDelete