Tajuk Buku : Pencuri Keris Merah
Kisah bermula apabila watak utama novel ini iaitu Pendekar Aditia Jaya kehilangan Keris Merah pemberian gurunya Eyang Wilis ketika menyelesaikan pergadungan dua adik beradik kembar Laras dan Liris. Sejak itu Aditia Jaya mengembara mengejar pencuri yang memiliki ilmu persilatan yang sangat tinggi dalam alam persilatan Nusantara. Beliau telah mengembara dari satu daerah ke suatu daerah bertemu dengan pelbagai tokoh persilatan setempat serta banyak membantu penduduk menumpaskan penguasa yang kejam serta zalim. Pelbagai jenis ilmu persilatan ditonjolkan ketika menentang tokoh-tokoh hitam sepanjang pengembaraan beliau mendapatkan Keris Merah itu semula. Akhirnya mereka diketemukan dengan dua jagoh persilatan adik beradik kembar iaitu Santi dan Ardana. Rupa-rupanya Aditia Jaya hanya dijadikan alat oleh dua orang mahaguru adik beradik iaitu Kiyai Lompo dan mahagurunya sendiri Eyang Wilis untuk mempertemukan jodoh pasangan kembar tersebut dengan Laras dan Liris. Buku ini diterbitkan di Indonesia pada tahun 1966 dan menjadi bacaan yang sangat popular ketika itu.
Buku ini kemudiannya diterbitkan oleh Pustaka Antara Kuala Lumpur pada tahun 1977. Berharga hanya RM2.00 ketika itu
Halaman 156 muka surat
Kiyai - orang alim
Robek – koyak
Kaget – terpegun
Capet - letih
Buku ini telah menjadi koleksi peribadi saya sejak saya mula-mula menjadi guru.
BANGLADESH DALAM PERUBAHAN (THE NEW DAWN OF DHAKA)
3 months ago
cikgu sidik 'the best'
ReplyDeleterumusan dan makna utk perkataan
cikgu hebat
Cikgu,
ReplyDeleteDi mana boleh saya dapatkan buku ini?
Saya berminat untuk mendapatkannya.
Terima Kasih.
salam...saya cuma membaca komik nya dan tidak habis ketika pelukis komik nya Nik Nordin MN meninggal dunia dan tidak dapat menyiapkan komik bertajuk keris merah..untuk makluman tuan saya abadikan kerismerah di laman sosial dengan nickname saya keris merah dan saya sangat menyukai perjalanan dan persilatan dlm cerita ini...sekian ..
ReplyDeleteAssalammualaikum cikgu, saya sangat meminati cerita ini, jadi bagaimana saya boleh mendapatkannya. Kalau tak pun minta cikgu upload cerita ini untuk kita kongsi bersama.
ReplyDeletea'kum cikgu.
ReplyDeletebleh sy tahu mcm mna nk dptkn buku ini?
kbetulan sy dh cba cri buku ni.tp xjmpa2..
bleh x jka ckgu kongsikn cerita yg tkandung dlm buku ni?
dharap dpt maklum bls dr cikgu..
jka ada sbarang cra utk dptkn buku ini dharap cikgu sudi m'beritahu.
sekian..
DR INSAN YG BENAR2 B'HARAP.
assalamualaikum,
ReplyDeletecikgu yang budiman,
saya ingin bertanya,dimanakah saya bolih mendapatkan buku keris merah ini?
siapa penulis asal pencuri keris merah ini?
ReplyDeleteToko/kedai buku yang ada menjual koleksi buku ini?Bagaimana cara utk saya mendapatkan/membeli buku ini?saya sangat2 berhajat untuk mendapatkannya sebagai bahan bacaan saya dan anak2.Sudah lama saya mencarinya.
macam mana saya nak dapatkan buku ini??
ReplyDeleteayah saya sangat berminat.
saya pun ada membacanya semasa zaman sekolah dulu , kalu tak silap ia ada beberapa siri lagi seperti keris merah , pencuri keris merah dan anak keris merah , saya mencari buku2 ini tapi tak berjumpa...
ReplyDeleteSiri pertama buku ini berjudul Keriss Merah, kedua Penchuri Keris Merah, ketiga Chinta Ta'Berbalas dan 4- Murid Keris Merah. mengisahkan Aditiajaya dan murid nya Sanjaya di zaman Kerajaan Mataram Senopaten. banyak siri2 buku ini tapi saya sempat membaca 4 siri ini saja.
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu,
ReplyDeleteSaya memang meminati siri Keris Merah ini. Dahulu saya memang memiliki 4 siri Keris Merah ini (Pustaka Antara, K. Lumpur) tetapi malangnya telah rosak dimakan anai-anai. Kalau tidak silap saya terdapat sebuah lagi siri ini, iaitu siri yang pertama bertajuk Petualang Cinta yang menyebabkan Aditiajaya mengembara namun puas saya mencari buku tersebut namun tidak jumpa. Mungkin Pustaka Antara waktu itu tidak mencetaknya.Bagaimanapun diharap kepada yang memiliki siri Keris Merah ini, dapat upload cerita ini. Terima kasih
Saya telah membaca koleksi semua buku2 ini pada tahun 1974 di perpustakaan sekolah saya. Sayangnya selepas 30 tahun lebih saya tak jumpa lagi buku2 ini. Alangkah baiknya kalau buku ini dimuat turun dalam laman sesawang untuk tatapan pembaca yang ingin mengembalikan nostalgia cerita yang amat menarik ini. Kalau boleh dapat cikgu membantu kami.
ReplyDeleteSeri "Keris Merah" adalah karangan "Bastian", diterbitkan oleh
ReplyDelete> "Analisa-Djakarta" antara tahun 1965-1967, lengkapnya sbb:
>
> (1) Seri Keris Merah - Lantjeng Madura (Ganjang VOC)
> (2) Seri Keris Merah - Ajam Djantan Dari Bali
> (3) Seri Keris Merah - Empat Guru
> (4) Seri Keris Merah - Menebus Putera Mahkota
> (5) Seri Keris Merah - Mentjari Sarang Pembunuh
> (6)Seri Keris Merah - Asmara Di Tanah Minang
> (7) Seri Keris Merah - Tertuduh Di Kalimantan
> (8) Seri Keris Merah - Murid Keris Merah
> (9) Seri Keris Merah - Derita Isteri Perampok
> (10) Seri Keris Merah - Perang Tanding Di Demak
> (11) Seri Keris Merah - Tugas Sutji Di Kudus
> (12) Seri Keris Merah - Hantjurnja Banten Padjadjaran
> (13) Seri Keris Merah - Tiada Ampun Bagimu
> (14) Seri Keris Merah - Diserbu 6000 Pengchianat
> (15) Seri Keris Merah - Anak Keris Merah
> (16) Seri Keris Merah - Badik Bugis
> (17) Seri Keris Merah - Keris Merah Ditjuri
> (18) Seri Keris Merah - Pentjuri Keris Merah
> (19) Seri Keris Merah - Tjinta Tak Berbalas
> (20) Seri Keris Merah - Si Tjantik Berchianat
> (21) Seri Keris Merah - Harta Karun Di Irian
> (22) Seri Keris Merah - Memperebutkan Hati Arida
> (23) Seri Keris Merah - Adu Sakti Pendekar Wilis
> (24) Seri Keris Merah - Mentjulik Anak Pendekar
>
Assalam Tuan,
DeleteSaya memang berminat untuk mendapatkan salinan buku 'keris merah dicuri'. Itu pun kalau pehak tuan berkenan. Segala kosnya saya yang tanggung. Semoga tuan dapat menghubungi saya ditalian 012 7032771.
Berbanyak terima kasih saya ucapkan sebelumnya.
Ikhlas,
Wan Ramlee Hassan.
Maaf, kalau tuan ingin memberikan jawapanlewat email, sila alamatkan ke
Deletewanramlee.hassan@gmail.com
This comment has been removed by the author.
DeleteYang saya ada cuma (8)Murid keris merah. No17,18,dan 19 yang diterbitkan di Pustaka antara KL
ReplyDeleteBerjaya dapat 15 tajuk dalam format pdf siri keris merah ni versi indo.. Barulah faham cerita contohnya Kebal Aditia pada matanya. Sbb ketika berlawan dgn Kiai Mohar guru Laras dan Liris mata Aditia jadi sasaran kerana Kiai Mohar tahu rahsia itu... Tengah cari 9 tajuk selebihnya.Payah sikit rasanya.
Deletesaya amat meminati cerita keris merah ini di bangku sekolah lagi..sekitar tahun 1973. sehingga saya mengambil nama watak utama sebagai nama pena.. aditiajaya. bagaimana saya boleh dapatkan buku ini? blh emel kepada saya : jainomarali@gmail.com
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSuka dan berbesar hati, melihat karyavayahanda saya,sangat diminati ramai. Saya sendiri belum pernah membaca buku komik ini.
ReplyDeleteSuka dan berbesar hati, melihat karyavayahanda saya,sangat diminati ramai. Saya sendiri belum pernah membaca buku komik ini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePencuri Keris Merah telah digunakan disekolah menengah tingkatan satu, bagi matapelajaran Sastera Melayu, saya masa itu usia 13 tahun, 1972. Tapi tidak disambung ke buku 2, namun saya tidak pernah melupai buku ini, dan pendekar Aditya Jaya sentiasa diingati. Dimana diMalaysia boleh saya dapat naskahnya bagi buku 1 Dan 2. Terima Kasih.
ReplyDeleteAasalamualaikum cikgu...
ReplyDeleteDimna saya blh mendapat buku ni saya ingin sekali mahu mbaca isi kandungan dan jalan ceritanya.
Assalamualakum cg saya sangat suka novel itu saya baca masa saya ting 5 tahun 1977,...sungguh seronok, saya ingin sekali nak dpt novel ..mcm mana ye
ReplyDeleteAssalamu'alaikum. Klau x keberatan, boleh ke cikgu share siri2 novel ni samada dlm btk digital dsb. Dipasaran hampir mustahil, sy dah cari termasuk pasar karat. Sgt nostalgik lebih2 lg apabila almarhum Nik Nordin MN mengadaptasikannya dlm btk komik di Mingguan Malaysia dgn lukisannya yg memukau.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Ada dalam bentuk pdf versi ori indonesia. Boleh je baca. Cuba cari. Sy dah dapat 13 siri dr 24.
Deletewsalam, boleh dapatkan link tuan?
DeleteAssalamualaikum tuan, boleh saya dapatkan versi Seri Keris Merah ini. Ayah saya masih mencarinya sehingga sekarang, di harap tuan boleh email saya di nurulfarahain.abukari@yahoo.com . Terima kasih sangat2 sekiranya boleh membantu.
DeleteDimana Saya boleh dapatkan buku ni tuan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYa serial buku ini yang saya cari2
ReplyDeleteSaya ada 4 set beli dari Pustaka Antara tahun 1979. Dipinjam oleh kawan2 dan tak tahu kemana sekarang. Sebelum PKP, 2018 ada pergi Pustaka Antara di Komplek Wilayah KL. Tak tahu ada lagi tak toko buku tu.
ReplyDeletecerita keris merah ni memang hebat, tuan tuan bolih cuba cerita nagasastra sabuk inten karangan mintardja
ReplyDeleteThanks and I have a nifty present: House Renovation Canada for home renovation
ReplyDelete