Sunday, March 29, 2009

KHABAR DARI JABATAN BAHASA SMI

1. Pasukan Debat ( Ala Parlimen ) Bahasa Melayu SMI akan bertemu SMK Anderson di peringkat akhir Zon 2, Kinta Utara pada 30 Mac 2009 jam 9.00. Pejuang-pejuang kita ialah Mohd Izuddin (4VT3), Sharul Nizam (3A7) dan Dhesegaan (3A2). Semoga berjaya !!!
Tajuk : Sikap Masyarakat menyebabkan pengangguran di Malaysia ( SMI sebagai pembangkang )

2. Pertandingan Puisi dan Lagu, Zon 2, Kinta Utara akan berlangsung di Dewan Besar SMI pada 2 April 2009 jam 9.00 pagi. SMI sebagai juara bertahan sedang giat mengadakan latihan. Teruskan perjuangan anda!!!

3. Pasukan Debat ( Ala Parlimen ) Bahasa Inggeris juga sedang membuat persiapan rapi ke pertandingan akhir Zon 2, Kinta Utara pada 30 Mac 2009 , jam 2.00 petang.

5 comments:

  1. selamat berjuang kepada pendebat2 dan pemantun-pemantun SMI

    ReplyDelete
  2. sikap masyarakat:
    kerajaan:
    (i) memilih kerja:mahukan gaji yg besar, tidak setaraf dgn kelayakan
    (2) tidak berkelayakan: tak pandai BI, penampilan semasa ditemuduga tidak meyakinkan, tidak bersedia utk ditemuduga
    (3)suka bertukar kerja: tidak tahan dgn
    tekanan tempat kerja;

    pembangkang:
    (1)ekonomi merudum: dibuang kerja, tiada peluang pekerjaan
    (2)sikap syarikat2 dalam pengambilan pekerja:
    meletakkan syarat boleh berbahasa sesuatu bahasa; tidak mengambil pekerja berdasarkan merit, menawarkan gaji yang rendah

    dzran

    ReplyDelete
  3. Terima kasih saudara Dzran,

    Tahun ini kita mempunyai banyak pelajar yang berbakat dalam bahas dan pidato. Kalau tak menang tahun kita akan gilap untuk tahun depan.

    Cikgu Sidek

    ReplyDelete
  4. cikgu...
    kenapa masa zaman saya tak ada debat-debat BM ni..hehe..tapi zaman kami ada teater BM...

    ok la skrg dah ada debat BM...
    kita gilap utk tahun depan...
    harap2 tahun depan team debat BM boleh masuk Debat UIAM...salah satu pertandingan debat BM yang berprestij utk sekolah2 di Malaysia

    dzran

    ReplyDelete
  5. zaman kita ada debat BM ni tapi cikgu-cikgu masa tu pemilihan berdasarkan bidan terjun je bukan nya berdasar kan bakat. salah seorang bidan terjun nya aku le. dah le takde pengalaman + tak de bakat, memang di jangka kekalahan peringkat awal lagi.
    Tapi apa2 pun ianya sedikit sebanyak mengasah nahu dan tatabahasa BM saya. Terima kasih cikgu pada masa itu bagi peluang pada saya

    ReplyDelete