Wednesday, March 4, 2009

KARANGAN 3

Karangan Peribahasa
Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan
Sekarang manusia berlumba-lumba mengejar kemajuan demi memenuhi impian masing-masing. Mereka yang rajin gigih berusaha untuk maju ke depan sedangkan yang malas akan ketinggalan dan mandur.



Sehubungan ini, manusia berlumba-lumba menimba ilmu. Sebabnya ialah ilmu menjadi ukuran kepada kemajuan dan kejayaan seseorang. Orang yang tidak berilmu ialah orang yang tidak berjaya.
Semua kejayaan berpunca daripada rajin dan usaha. Bukankah “rajin dan usaha tangga kejayaan?” Tepatlah seperti yang dikatakan dalam peribahasa Melayu bahawa “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?”
Tujuan peribahasa yang menjadi tajuk karangan ini dilahirkan ialah untuk menunjukkan bahawa kejayaan seseorang berpunca daripada kerajinanya. Tetapi tidak semua orang bernasib baik. Maksudnya tidak semua manusia dikurniai Allah otak yang cerdas. Tetapi ini bukanlah menjadi penghalang kepada kemajuan. Pokoknya kita menjadi seorang manusia yang rajin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Kalau begitu, setiap orang haruslah menyematkan prinsip hidup yang terkandung di sebalik maksud peribahasa itu. Tidak ada sesiapa yang istimewa di dunia ini. Tidak ada sesuatu yang luar biasa. Kalaupun otak tidak berapa cerdas, tetapi berkat digilap akhirnya pintar juga, tepat seperti maksud peribahasa lain yang berbunyi “belakang parang, kalau diasah lagikan tajam”.
Banyak contoh pemimpin dunia yang berjaya disebabkan ketekunan mereka. Contohnya ialah Abraham Lincoln. Pemimpin Amerika ini rajin menimba ilmu. Dia suka membaca. Dengan pembacaan itu, fikirannya menjadi matang. Akhirnya dia menjadi pemimpin Amerika.
Peribahasa yang menjadi tajuk karangan ini mengajak manusia zaman yang penuh pancaroba ini supaya jangan mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita. Kalau gagal sekali, ini bukanlah bererti kita akan terus gagal dalam hidup. Soalnya kita hendaklah terus mencuba dan mencuba lagi. Tidak ada apa-apa yang mustahil di dunia ini.
Segala-galanya akan dapat dicapai sekiranya kita tekun dan berusaha gigih menghadapi rintangan. Yang penting ialah kita hendaklah menentukan matlamat perjuangan kita dan kemudiannya mengatur usaha. Kemanakah matlamat kita? Kalau matlamat sudah ada, mudahlah jalan hendak dilalui. Kejayaan pasti akan dicapai juga sudahnya kerana berkat kerajinan dan usaha gigih kita.

47 comments:

  1. Saya sudah siap.

    ReplyDelete
  2. Dhanesh.... 3A2
    Sudah Siap!!

    ReplyDelete
  3. alvis ....3a2 sudah siap

    ReplyDelete
  4. dah siap ah cikguuuuu

    ReplyDelete
  5. CIKGU SAYA ARIVIND RAO DAN NAVINTHE KUMAR DARI KELAS 3A9.KAMI BERDUA BERJAYA MENCARI KARANGAN DAN MENYIAPKAN.KAMI SANGAT BANGGA KERANA MENDAPAT GURU SEPERTI INI

    ReplyDelete
  6. eE jIaN
    3A2..
    dah siap..

    ReplyDelete
  7. cikgu karangan ini susahlah tapi dalam 3 hari saya bersusah-payah , dengan tangan yang sakit telah menghabiskan karangan ini .

    ReplyDelete
  8. sudah lah cikgu,sangat senang.tk

    ReplyDelete
  9. Pelajar-pelajar 3A9
    Arivind, Navinthe Kumar, Arun Raj, Vincent.

    Terima kasih kerana menggunakan blog ini. Sila ikut arahan guru BM anda tentang tarikh penghantaran buku karangan anda. tk

    ReplyDelete
  10. Sudah siap!!dari Benedict Yeoh@3A4

    ReplyDelete
  11. Ahmed Razin 3A4
    Saya sudah siap salin......!

    ReplyDelete
  12. alvis....tak mahu tipulah vincent

    ReplyDelete
  13. Fawwaz(3A4).....selesai cikgu.

    ReplyDelete
  14. hi pelajar-pelajar 3a4 dan 3a9,

    tahniah kerana telah berjaya mencari dan menyalin karangan yang diberikan. Gunakan blog ini dengan sebaik yang mungkin untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa melayu kamu. terima kasih kita ucapkan kepada cikgi sidek kerana berjaya menghasilkan blog ini.

    ReplyDelete
  15. Pn.Agila,Saya Alex Tan dari 3A4.Saya sudah siap!

    ReplyDelete
  16. Cikgu saya sudah siap salin...

    Harold 3A4...

    ReplyDelete
  17. Wong Ting Phang (3A3) kata,
    Saya sudah siap.

    ReplyDelete
  18. Puan Agila,
    saya sudah siap,dari Chong Chee Seong (3a4)

    ReplyDelete
  19. Cikgu, dah siap salin...

    ReplyDelete
  20. Justin Cheang(3A3)...saya tak siap

    ReplyDelete
  21. “kalau tidak dipecahkan ruyung, manaka[n] dapat sagunya?”
    ++++CIKGU~[n] DaLAm bRaCkEt iTu
    BETUL KE EJAAN????SAYA TIDAK TAHU ^_^
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  22. Ĝ.ÐeeⓑÁηd R@j
    [3 lOyAlTy] saiD
    $@Ya SuDaH SiAp sAlinツ
    pN.คĜ!lA
    ☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠☠

    ReplyDelete
  23. PRAKASH ANDIAPPAN(3A3)
    SAYA SUDAH SIAP

    ReplyDelete
  24. Pn Agila...
    Zarul Fitri (3a7) dah siap salin

    ReplyDelete
  25. cikgu Agila,
    Saya sudah siap
    David Foong (3A4)

    ReplyDelete
  26. cikgu Aspalela
    Saya sudah siaaaaaaaap (3a3)

    ReplyDelete
  27. Saya suka karangan ini dan saya boleh menggunakan karangan ini sebagai karangan contoh.Saya yakin bahawa saya boleh meningkatkan mutu penulisan saya di persada dunia.Terima kasih Cikgu Sidik dan Cikgu Agila.
    Daripada:Muhammad ShahrulReza Bin Roslan
    Kelas : 3A7

    ReplyDelete
  28. SAYA SUDAH SIAP.KAMAL RAJ(3A7)

    ReplyDelete
  29. SAYA SUDAH SIAP TULIS.KIRTHISHAN(3A7)

    ReplyDelete
  30. Justin Cheang (3 PATIENCE)
    Saya sudah siap........ kah?!?!?!?!?!

    ReplyDelete
  31. krishna kumar (3a3) cikgu saya sudah siap

    ReplyDelete
  32. cikgu tiada karangan baru ?
    from Au Hsein Loong 3A4

    ReplyDelete
  33. Semua smi student adalah baik

    ReplyDelete
  34. Lau Peng Hoe (3 Patience)

    Sudah siap.....

    ReplyDelete
  35. Shafrizal (3A3),
    siap !

    ReplyDelete
  36. Soo Tsung Hau dari kelas 3A2 baru siap :)

    ReplyDelete
  37. saya sudah siap........MOHD SAIFUL.(3A7)

    ReplyDelete
  38. Ibtihal dari kelas 3A10 berjaya menyiapkan karangan ini. ^_^

    ReplyDelete
  39. Tan Wooi Sheng dari kelas 3A2 sudah siap

    ReplyDelete
  40. Wong Zhen Hao dari kelas 3A2 sudah siap

    ReplyDelete
  41. karangan 'belakang parang diasah lagikan tajam x ada ka? :(

    ReplyDelete
  42. Amir Farhan dari kelas 3A1 masih belum siap.

    ReplyDelete
  43. Anonymous Dari Kelas unknown masih belum siap.

    ReplyDelete